Malaysia Oversight

Razlan dakwa Umno tak diberi ruang berperanan di WP

By MkiniBM in July 26, 2025 – Reading time 2 minute
Razlan dakwa Umno tak diberi ruang berperanan di WP


Ketua Seputeh, Razlan Rafii, mendakwa tidak diberi ruang untuk berperanan di Wilayah Persekutuan sehingga seolah-olah tiada yang benar-benar menyantuni rakyat.

Razlan berkata, kestabilan perpaduan hanya akan kekal jika budaya rundingan dan konsensus terus diamalkan.

“Saya juga menzahirkan kebimbangan tentang keadaan Wilayah Persekutuan hari ini. Seolah-olah tiada yang benar-benar menyantuni isu rakyat di sini.

bahagian di Wilayah Persekutuan tidak diberi ruang untuk berperanan, sedangkan kita ada jaringan, ada akar umbi, dan sentiasa membawa suara warga kota.

“Banyak isu tidak dibawa ke atas kerana suara Umno tidak diendahkan,” katanya di media sosial.

Setiausaha politik kepada Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu menjelaskan gabungan 82 ahli parlimen PH bersama 30 yang lain cukup membentuk kerajaan.

Justeru, katanya, berhak untuk dilibatkan secara adil dalam segala bentuk perbincangan dan perancangan sehinggalah membuat keputusan kerajaan.

“Kestabilan kerajaan perpaduan hanya akan kekal jika budaya rundingan dan konsensus terus diamalkan,” katanya.

Dia juga mengingatkan agar “jangan diulangi kesilapan lalu” dan “suara rakyat perlu diangkat bersama”.

Bagaimanapun Razlan tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana Umno bahagian di Wilayah Persekutuan tidak diberikan peranan.

Sementara itu Razlan berkata, segala dasar dan keputusan penting kerajaan mesti dirunding bersama, bukan dibuat secara sebelah pihak.

Katanya, jika semua pihak benar-benar ikhlas mahu menjayakan kerajaan ini, maka semangat kejujuran dan persefahaman yang menjadi asas pembentukan kerajaan perlu dikekalkan.

“Jika ada yang menyimpang dari semangat asal, wajarlah perjanjian itu disemak semula agar semua pihak dihormati dan tidak dipinggirkan,” katanya lagi.



Source link