Malaysia Oversight

Razer Memperlihatkan Aksesori Gaming Bertemakan Permua Zenless Zone Zero

By Amanz in August 25, 2025 – Reading time 1 minute
Razer Memperlihatkan Aksesori Gaming Bertemakan Permua Zenless Zone Zero


Jika anda peminat permainan mudah-alih keluaran Hoyoverse seperti Genshin Impact, Honkai Star Rail dan Zenless Zone Zero, Razer, jenama pembuat aksesori komputer terkemuka baru-baru ini dilihat telah bekerjasama dengan Hoyoverse untuk memperkenalkan aksesori permainan bertemakan tajuk permainan Zenless Zone Zero.

image 87

Siri aksesori gaming ini terdiri daripada empat aksesori, termasuklah kerusi gaming Razer Iskur V2 X Zenless Zone Zero Edition, papan kekunci gaming Razer BlackWidow V4 X Zenless Zone Zero Edition, tetikus gaming Razer Cobra Zenless Zone Zero Edition dan pad tetikus Razer Gigantus V2 Medium Zenless Zone Zero Edition.

batch Razer X ZZZ Chair

Dengan tema Zenless Zone Zero, kesemua aksesori-aksesori gaming yang dinyatakan ini hadir dengan rekaan Hoshimi Miyabi, seorang watak yang boleh dimainkan dalam permainan tersebut. Melalui kerusi Razer Iskur V2 X, rekaan watak tersebut boleh diperlihatkan di bahagian belakang kerusi tersebut.

batch Razer X ZZZ KB
batch Razer X ZZZ mice
batch Razer X ZZZ mat

Lebih menarik lagi, setiap pembelian aksesori gaming kolaborasi Razer dan Zenless Zone Zero ini juga akan datang dengan matawang dalam permainan (Polychrome, Official Investigator Log, Denny) yang boleh digunakan untuk kotak tikam dalam permainan dan juga untuk menaiktarafkan watak-watak yang anda ada.

Razer Malaysia sudahpun memperlihatkan tanda harga untuk aksesori-aksesori ini, tetapi mengatakan bahawa ia akan mula diperlihatkan melalui kedai atas-talian Razer dan juga pengedar-pengedar rasmi tempatan tidak lama lagi.

  • Razer Iskur V2 X Zenless Zone Zero Edition – RM1899
  • Razer BlackWidow V4 X Zenless Zone Zero Edition – RM869
  • Razer Cobra Zenless Zone Zero Edition – RM269
  • Razer Gigantus V2 Medium Zenless Zone Zero Edition – RM149

Razer



Source link