Malaysia Oversight

Razer Memperkenalkan Aksesori Gaming Bertemakan Pokemon Gengar

By Amanz in October 8, 2025 – Reading time 1 minute
Razer Memperkenalkan Aksesori Gaming Bertemakan Pokemon Gengar


Razer dan Pokemon adalah dua nama industri hiburan permainan komputer yang tidak asing lagi, dan sering hadir dengan kolaborasi produk-produk yang menarik. Terkini, mereka telah mengumumkan satu lagi kolaborasi produk Razer | Pokemon, iaitu dengan watak Gengar.

Dalam siri ini, dua produk Razer Gengar Edition diperlihatkan, termasuklah tetikus gaming Razer Cobra Gengar Edition, pad tetikus dan Razer Gigantus V2 XXL Gengar Edition.

image 24

Tetikus Razer Cobra Gengar Edition ini hadir dengan rekaan tetikus gaming berwayar padat Razer Cobra dengan corak watak Gengar yang memperlihatkan warna hitam dan ungu. Sama juga dengan pad tetikus Razer Gigantus V2 XXL yang memperlihatkan corak watak tersebut.

image 25

Kedua-dua tetikus Razer Cobra Gengar Edition dan Razer Gigantus V2 XXL Gengar Edition ini sudah mula ditawarkan di beberapa pasaran tertentu. Ia juga telah disenaraikan melalui laman web Razer Asia Pacific yang termasuklah pasaran Malaysia, tetapi tanda harganya untuk pasaran tempatan belum diperlihatkan lagi.



Source link