Malaysia Oversight

Rayuan AGC satu pengkhianatan, tamparan buat Madani

By MkiniBM in November 6, 2025 – Reading time 3 minute
Rayuan AGC satu pengkhianatan, tamparan buat Madani


Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada keluarga Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat, dengan menyifatkannya sebagai “pengkhianatan terhadap keadilan dan prinsip kemanusiaan”.

Pengarah Suaram, Kua Kia Soong, berkata tindakan itu mencerminkan penafian dan penghalangan terhadap kebenaran, bertentangan dengan semangat Madani yang sering dilaungkan oleh yang diterajui oleh Perdana Menteri, Ibrahim.

689f443a190de8294e20f3aae31ead7a

“Pada saat rakyat Malaysia mendambakan kebertanggungjawaban dan kebenaran, AGC memilih jalan penafian dan penghalangan.

“Keputusan untuk merayu penghakiman ini bukan sahaja tidak berperikemanusiaan – ia adalah pengkhianatan terhadap keadilan dan nilai-nilai yang kononnya memperjuangkan tadbir urus baik serta kemanusiaan,” kata Kua dalam satu kenyataan hari ini.

Dia merujuk kepada keputusan Hakim Su Tiang Joo semalam yang dalam penghakimannya menegaskan bahawa polis dan bertanggungjawab terhadap kehilangan paksa dua aktivis tersebut.

Mahkamah juga memerintahkan pampasan RM3 juta, terdiri daripada RM2 juta ganti rugi am dan RM1 juta ganti rugi teladan kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin. Hakim juga menganugerahkan RM250,000 sebagai kos kepada plaintif.

7512afcd2b144c9e19fdd4874ff7fe9f

Dalam kes berasingan, Su turut mengarahkan kerajaan membayar RM10,000 sehari kepada Pastor Koh melalui akaun amanah sehingga dia ditemui. Bayaran itu dikira bermula 3,187 hari lalu, iaitu pada 13 Februari 2017 — tarikh Koh diculik.

Su juga menganugerahkan RM4 juta ganti rugi, RM1 juta ganti rugi teruk (aggravated damages) atas kelewatan berpanjangan dalam penemuannya, dan RM1 juta lagi bagi tindakan melanggar perlembagaan yang dilakukan terhadapnya oleh pihak defendan.

Mahkamah turut memberikan pampasan berasingan kepada isteri Koh, Susanna Liew, selaku plaintif, berjumlah RM2 juta sebagai ganti rugi am dan teruk atas tekanan mental yang dialaminya, serta tambahan RM1 juta sebagai ganti rugi teladan.

Dalam kedua-dua keputusan itu, hakim Su turut mengarahkan polis membuka semula siasatan terhadap kes berkenaan dan menyerahkan laporan kemajuan kepada peguam negara setiap dua bulan.

2de452f5622345548e73c4687ad9be66

Suaram berkata kedua-dua keputusan itu satu sebagai “pengiktirafan bersejarah terhadap kegagalan institusi negara melindungi rakyatnya”.

Namun, Kua berkata keputusan AGC untuk merayu menunjukkan bahawa kerajaan masih memilih untuk melindungi impuniti institusi, bukannya mempertahankan maruah negara.

“Rayuan ini bukan sekadar soal undang-undang, tetapi penolakan terhadap tanggungjawab moral di bawah undang-undang antarabangsa.

“Kehilangan paksa ialah jenayah yang meletakkan mangsa di luar perlindungan undang-undang,” kata Kua.

Malaysia ‘menentang arus’ antarabangsa

Kua turut mengingatkan bahawa kehilangan paksa merupakan jenayah yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan boleh dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan jika dilakukan secara sistematik.

“Pada 2019, kumpulan kerja PBB mengenai Kehilangan Paksa telah menggesa Malaysia untuk menyiasat kes Koh dan Amri serta menghukum pelaku.

“Enam tahun kemudian, kerajaan bukan sahaja gagal menegakkan keadilan – malah kini berusaha menafikannya,” katanya.

3439cc4129c4b069df626bd1840d9aea

Menurut Kua, tindakan AGC itu hanya mengukuhkan tanggapan bahawa kerajaan tidak serius menghormati prinsip hak asasi manusia.

Dia menegaskan bahawa sekiranya kerajaan benar-benar komited kepada prinsip Madani, ia harus segera menarik balik rayuan, meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perlindungan Semua Orang daripada Kehilangan Paksa, dan memastikan keadilan ditegakkan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

‘Madani tinggal slogan kosong’

Kua memberi amaran bahawa kredibiliti kerajaan sebagai pentadbiran yang menghormati hak asasi kini tergantung pada tindakan ini.

“Untuk mengaku memperjuangkan tadbir urus baik sambil merayu keputusan yang membongkar keterlibatan institusi negara dalam kehilangan paksa adalah satu hipokrasi yang nyata.

“Selagi keluarga Koh dan Amri belum menerima keadilan, selagi itulah hati nurani negara ini kekal tercemar. Keadilan yang ditangguh adalah keadilan yang dinafikan — tetapi merayu keputusan ini adalah mencemari keadilan itu sendiri.”

55cea195d4dc8b6fc7d63df6135551e9

Kua menegaskan, selagi kerajaan enggan berdepan kebenaran, slogan Madani akan kekal sekadar kata-kata kosong tanpa makna.

Amri, yang didakwa sebagai penganut Syiah dan penyebar fahaman tersebut, dilaporkan hilang pada malam 24 November 2016 di Kangar, Perlis.

Isterinya, Norhayati, sebelum ini memberi keterangan bahawa seorang pegawai Cawangan Khas dari Perlis, Shamzaini Mohd Daud, telah memberitahunya pada malam 12 Mei 2018 bahawa bahagian itu yang melaksanakan penculikan tersebut.

Sementara itu, Koh, 62 tahun, diculik oleh sekumpulan lelaki di sepanjang Jalan SS4B/10, Petaling Jaya ketika dalam perjalanan ke rumah rakannya. Rakaman CCTV yang dipercayai merakam kejadian tersebut menunjukkan sekurang-kurangnya 15 lelaki dan tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) hitam terlibat dalam penculikan itu.

032b70b13d3fecd6c5b48d40e32a095a

Pada tahun 2019, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memutuskan bahawa Amri dan Koh adalah mangsa kehilangan paksa (enforced disappearance) yang dilakukan oleh anggota Cawangan Khas Bukit Aman.

Timbalan perdana menteri ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi, menafikan dia pernah mengarahkan penculikan tersebut ketika mengetuai Kementerian Dalam Negeri sepanjang tempoh sebagai menteri.



Source link