Malaysia Oversight

Rayer dilantik sebagai pengerusi PHEB

By MkiniBM in August 10, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Lembaga Wakaf Pulau Pinang (PHEB) hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer sebagai Pengerusi lembaga itu berkuat kuasa dari 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.

Menurut kenyataan, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pertama PHEB yang berlangsung pada hari ini dan turut melantik Senator Dr A. Lingeshwaran sebagai Timbalan Pengerusi.

“Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri S. Sundarajoo dilantik sebagai Exco yang bertanggungjawab menyelaras hal-hal berkaitan dengan negeri.

“PHEB berharap dapat bekerjasama di bawah kepimpinan RSN Rayer untuk berkhidmat dan memperkasakan komuniti di Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pada 1 Ogos lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan 19 Pesuruhjaya PHEB baharu bagi tempoh 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.

Selain Rayer dan Lingeshwaran, antara yang turut dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri () Bagan Dalam K. Kumaran, Batu Uban A. Kumaresan dan Pengerusi Pulau Pinang Datuk J. Dhinagaran.

Bernama



Source link