Ray-Ban Meta Dikemaskini Dengan Bateri dan Rakaman Video Lebih Baik
Effi Saharudin
Ray-Ban Meta turit dikemaskini dengan bateri yang bertahan lebih lama serta rakaman video yang lebih baik berbanding cermin mata pintar asal. Bateri Ray-Ban Meta (Gen 2) kini boleh digunakan sehingga 8 jam dengan sekali caj yang adalah dua kali ganda cermin mata asal. Pengecasan 20 minit pula membolehkan bateri dicas sehingga 50% sementara bekas pengecas memberikan penggunaan sehingga 48 jam.

Rakaman video pula kini sehingga 3K 60FPS berbanding hanya FHD pada generasi pertama. Ia masih menggunakan kamera 12MP dan storan pula sebesar 32GB. Ini membolehkan rakaman sehingga 1000 gambar atau 100 video 30 saat.

Sepasang speaker diletakkan pada tangkai cermin mata dan ia mengekalkan ciri Meta AI yang membolehkan kawalan dilakukan menggunakan suara pemakai. Ray-Ban Meta (Gen 2) dijual pada harga bermula $379 (~RM 1590) dalam tiga pilihan bingkai Wayfarer, Skyler dan Headliner dengan warna tubuh serta lensa berbeza.


Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.