Malaysia Oversight

Ratusan nelayan Indonesia kepung, halau kapal Petronas

By MkiniBM in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
Ratusan nelayan Indonesia kepung, halau kapal Petronas


Sebuah kapal tinjau milik Petronas telah dikepung dan dihalau oleh kira-kira seratus bot nelayan tradisional di perairan berhampiran Ketapang, Pulau Madura, Indonesia minggu lalu.

Dalam beberapa video yang diterbitkan oleh laman web Indonesia Tribunnews, sekumpulan perahu nelayan dilihat menghampiri dan mengelilingi kapal Petronas sekitar tengah hari pada 17 Okt.

Nelayan di atas bot-bot tersebut kedengaran menjerit ke arah kapal Petronas, Prospero 9 supaya menghentikan operasinya dan segera meninggalkan kawasan itu.

Menurut laporan berkenaan, seorang nelayan bernama Faisol Rahman berkata kapal Petronas itu telah beroperasi di kawasan tersebut tiga hari sebelum konfrontasi berlaku.

Para nelayan menuntut agar kapal Petronas menghentikan kerja meletakkan kabel di dasar laut dan supaya ia mengambil kembali kabel yang telah dilepaskan pada hari itu.

Menurut laporan itu lagi, para nelayan mendakwa operasi tinjauan syarikat minyak dan gas gergasi tersebut di kawasan berkenaan telah merosakkan kawasan tangkapan mereka.

Malaysiakini telah menghubungi Petronas untuk mendapatkan ulasan berhubung insiden itu.

[Baca berita asal]



Source link