Malaysia Oversight

Rasuah dan ‘penyakit tiga serangkai’ punca Sabah mundur

By MkiniBM in August 13, 2025 – Reading time 2 minute
Rasuah dan ‘penyakit tiga serangkai’ punca Sabah mundur


WAWANCARA | Pesuruhjaya Sabah, Aliakbar Gulasan memberi amaran negeri itu akan terus mundur selagi isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan masalah asas – air, elektrik, jalan raya – tidak diselesaikan, sambil menggesa rakyat menolak pemimpin korup demi masa depan politik berintegriti.

“Saya berpegang kepada prinsip seseorang tidak bersalah sehingga didapati bersalah. Saya rasa dalam konteks masyarakat Sabah, mereka masyarakat yang bijak, sebab itu mereka sentiasa tukar , sebab ada kemahuannya, mungkin sebahagian dapat, sebahagian tidak.

“Dan saya rasa masyarakat Sabah ada kesedaran yang tinggi untuk menolak pemimpin-pemimpin yang rasuah, saya tidak kata isu yang sekarang ini (skandal rasuah), tetapi secara umumnya.

“Saya harap dalam konteks ini orang Sabah kena berfikiran lebih objektif, matang dan berprinsip menolak rasuah, kena kembali kepada agama bahawa rasuah ini suatu yang sangat mungkar dan dosar besar,” katanya pada wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.

8cdc2beb23ab22acd82254336b4efa2d

Jelasnya, dia melihat kesedaran rakyat Sabah terhadap isu integriti, penyalahgunaan kuasa dan rasuah semakin meningkat.

Dia diminta mengulas skandal rasuah dalam pentadbiran negeri yang dipercayai boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan skandal rasuah lesen penerokaan lombong yang mengaitkan beberapa pemimpin Sabah, sehingga membawa kepada pendakwaan dua – Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Yusof Yaacob (Sindumin) – serta seorang ahli perniagaan, Albert Tei.

Menurut Aliakbar, pengabaian integriti dalam pentadbiran turut menyumbang kepada kegagalan menyelesaikan masalah asas yang digelar ‘penyakit tiga serangkai’ – kemudahan air, elektrik dan jalan raya – yang menjadi penghalang utama pembangunan negeri.

c22abf812a2a02bdf36ad76edb30226c

“Sabah ini perkara asas pun tidak begitu selesai lagi, terutamanya air, elektrik dan jalan raya.

“Inilah asas kepada perkembangan pembangunan ekonomi dan masyarakat, itu antara perkara yang sangat penting.

“Kemudian jangan dilupakan sektor pendidikan, pendidikan berada dalam kategori yang masih terkebelakang, kemudian sektor kesihatan harus diberi tumpuan dalam konteks masa depan Sabah.

“Seterusnya peluang pekerjaan, zon-zon industri, banyak sektor yang Sabah masih dalam keadaan ketinggalan berbanding dengan Semenanjung, maka asasnya kena selesai dulu masalah ‘penyakit tiga serangkai ini’, barulah kita berkembang ke sektor-sektor lain,” katanya.

357f9dbbe1a8e54364185843518a5d23

Dia berkata perubahan politik di Sabah perlu menekankan integriti dan menghindari penyalahgunaan kuasa.

“Sabah mungkin sampai sekarang dalam kemunduran, disebabkan faktor-faktor sedemikian yang boleh menyebabkan, kalau ini berlaku sampai bila-bila Sabah akan terus berada dalam kemunduran.

“Sebab sebahagian masyarakat dapat, sebahagian masyarakat tidak dapat daripada konsep keadilan dan pembahagian kekayaan negeri, jadi rasuah ini satu perkara sangat batil, kena hapuskan semuanya.

“Kita berharap masyarakat akan menolak pemimpin rasuah, asasnya begitu,” kata Aliakbar yang juga ahli jawatankuasa Pusat.



Source link