Rasmi : Amerika Syarikat Ambil 10% Pegangan Pada Intel
Aman
Intel kini mengumumkan kerajaan Amerika Syarikat bersetuju untuk membeli saham syarikat berkenaan, bersamaan dengan 9.9% pegangan pada syarikat. Pelaburan pada Intel ini dikatakan bersifar pasif, dan tiada sebarang hak pengundian bersama ahli lembaga pengarah ditawarkan.
Disamping itu, sekiranya Intel mengurangkan pegangan mereka kepada 51% atau kebawah pada perniagaan faundri, maka kerajaan Amerika Syarikat akan menerima tambahan 5% lagi pegangan pada Intel.
Kerajaan Amerika Syarikat akan menerima pegangan ini melalui pembayaran baki geran sebanyak $5.7 bilion yang telah diluluskan sebelum ini tetapi tidak dibayar, selain tambahan $3.2 bilion dibawah program membangunkan semikonduktor dengan ciri keselamatan tambahan untuk kerajaan Amerika Syarikat.
Intel mengatakan pelaburan ini juga selari dengan menyokong aspirasi Presiden Trump yang ingin Amerika menerajui kembali arena teknologi dan pengeluaran.
Sebelum ini, Donald Trump telah meminta CEO Intel berkenaan dipecat, dan pada masa yang sama mengatakan kerajaan patut menerima pegangan ekuiti untuk geran yang diberikan. Dengan pengambilan dana 10% ini dan tiada hak mengundi, mungkin kita akan melihat CEO Intel dikekalkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.