Malaysia Oversight

Rangka kerja Greenland, rantau Artik dicapai, tarif ditangguhkan

By MkiniBM in January 22, 2026 – Reading time 2 minute
Rangka kerja Greenland, rantau Artik dicapai, tarif ditangguhkan


Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald pada Rabu berkata rangka kerja bagi perjanjian melibatkan Greenland dan rantau Artik yang lebih luas telah dibentuk susulan pertemuannya dengan Setiausaha Agung Nato Mark Rutte di Davos, Switzerland.

“Berdasarkan pertemuan yang sangat produktif yang saya adakan dengan Setiausaha Agung Nato, Mark Rutte, kami telah membentuk rangka kerja untuk perjanjian masa depan berhubung Greenland dan seluruh rantau Artik.

b9df858d2ec7de4f7daa81a2f38f17a0

“Penyelesaian ini, jika dimuktamadkan akan membawa manfaat besar untuk Amerika Syarikat serta semua negara Nato,” tulis di Truth Social, menurut Anadolu Ajansi.

tidak memberikan butiran lanjut namun menyatakan perbincangan tambahan sedang dijalankan.

“Berdasarkan persefahaman ini, saya tidak akan mengenakan tarif yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Feb,” katanya.

Trump berkata perbincangan tambahan sedang diadakan berhubung Golden Dome, iaitu inisiatif sistem pertahanan peluru berpandu yang berkaitan dengan kedudukan strategik Greenland.

Beliau berkata Naib Presiden AS JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio, Utusan Khas Steve Witkoff dan “beberapa individu lain” akan bertanggungjawab bagi rundingan itu.

398dc65e1b64e06d3922ad05cf952052

Minggu lalu, Trump berkata Washington akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas barangan dari Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, UK, Belanda dan Finland bermula 1 Feb dan meningkat kepada 25 peratus pada Jun melainkan satu perjanjian dicapai bagi “pembelian lengkap dan menyeluruh Greenland” oleh AS.

Pemimpin Eropah menolak ancaman Trump terhadap lapan negara Eropah itu, mengulangi solidariti bersama Denmark dan berikrar untuk mengambil tindakan kolektif.

Dalam ucapannya pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos awal Rabu, Trump menolak penggunaan kekuatan ketenteraan untuk memperoleh Greenland.

“Kami mungkin tidak mendapat apa-apa kecuali jika saya memutuskan untuk menggunakan kekuatan dan kuasa berlebihan, yang akan menjadikan kami secara jujurnya, tidak dapat dihentikan, tetapi saya tidak akan berbuat demikian,” kata Trump.

b980c9015e2c77ecce76ed1e84164b3f

Greenland menarik perhatian Trump kerana kedudukannya yang strategik di wilayah Artik, sumber mineral yang luas serta dakwaan kebimbangan terhadap kehadiran Rusia dan yang semakin meningkat.

Denmark dan Greenland menolak cadangan untuk menjual wilayah itu, menegaskan kedaulatan Denmark ke atas pulau berkenaan.

Kemudian, Trump memberitahu CNBC bahawa beliau dan Rutte mempunyai “konsep perjanjian”.

“Saya fikir ia akan menjadi perjanjian yang sangat baik untuk AS juga untuk mereka, dan kami akan bekerjasama dalam sesuatu yang berkaitan dengan rantau Artik secara keseluruhan, dan juga Greenland,” katanya.

Trump berkata perjanjian itu akan bersifat jangka panjang.

“Ini adalah untuk selama-lamanya,” tambahnya.

a8c0c3aba190755ee0dd0b15f2ed4538

Sementara itu, Perdana Menteri Denmark Lars Lokke Rasmussen pada Rabu menolak sebarang perjanjian atau rundingan untuk memindahkan kedaulatan Greenland kepada Amerika Syarikat.

– Bernama-Anadolu



Source link