Malaysia Oversight

Ramli saran kerajaan beri ganjaran buat pembocor maklumat

By MkiniBM in August 4, 2025 – Reading time 2 minute
Ramli saran kerajaan beri ganjaran buat pembocor maklumat


PARLIMEN | Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor, hari ini mencadangkan kepada Perdana Menteri, Ibrahim, agar memberikan ganjaran kepada penjawat awam yang menyalurkan maklumat mengenai rakan sekerja mereka yang terlibat dengan rasuah.

Ramli – yang merupakan bekas pegawai kanan polis – membuat saranan tersebut dengan merujuk kepada keberkesanan inisiatif seumpama itu dalam membanteras jenayah.

Dia yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands memberitahu, biasanya manusia boleh terdorong melakukan sesuatu atas faktor kewangan.

“Mengapa tidak, mungkin melalui peraturan pentadbiran atau undang-undang, kita beri ganjaran kepada kakitangan penjawat awam yang memecah berita (salurkan maklumat) apa yang berlaku di dalam (sesebuah jabatan atau agensi).

“Tkda ada apa-apa boleh berlaku, tak ada maklumat boleh diterima… melainkan daripada orang yang melaksanakannya dan rakan-rakan di sekeliling mereka,” katanya.

Justeru, menurut Ramli, ada beberapa insentif yang boleh diberikan kepada kakitangan awam yang berani membocorkan maklumat mengenai sebarang salah laku dalam agensi .

“Berikan mereka ganjaran – RM1,000 atau RM2,000 contohnya, tetapi secara sulit,” kata Ramli kepada yang hadir di Dewan Rakyat hari ini.

Berjaya kekang jenayah

Cadangan itu dibuat susulan persoalan yang dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen mengenai kegiatan sindiket Fly dan U-turn yang berlaku dalam Jabatan Imigresen Malaysia.

Pada 22 Julai lalu, parlimen meluluskan pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang antara lain bertujuan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat yang pengerusi dan ahlinya dilantik oleh kerajaan.

Rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa jawatankuasa tersebut akan menguruskan pelaksanaan kuasa am oleh agensi penguatkuasaan berkaitan semua urusan perlindungan terhadap pemberi maklumat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, sebelum ini memberi jaminan bahawa selagi pemberi maklumat mematuhi akta berkenaan, perlindungan akan diberikan kepada mereka tanpa mengira siapa yang didedahkan dalam laporan berkenaan.

274fe23ec8c4c8d88fd1ad57d527cab7
Ibrahim

Kenyataan Azalina itu dibuat selepas Parti Sosialis Malaysia mendakwa pemberi maklumat lebih cenderung melakukan pendedahan kepada media kerana bimbang didiamkan, terutamanya apabila pendedahan melibatkan tokoh berprofil tinggi.

Menurut Ramli, cadangannya itu memang sesuatu yang bukan konvensional namun wajar dipertimbangkan bagi memastikan wujud urus tadbir yang baik di pihak kerajaan semasa menangani isu rasuah.

“Saya fikir ini boleh dipertimbangkan kerana ia berjaya (mengekang) jenayah.

“”Kita beri ganjaran untuk penjawat awam yang menyalurkan maklumat – bukan nak ‘makan’ kawan dia, tetapi untuk kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya.



Source link