Malaysia Oversight

Ram tak marah diberi sisa tulang, maafkan perbuatan adik-adik

By MkiniBM in August 7, 2025 – Reading time 2 minute
Ram tak marah diberi sisa tulang, maafkan perbuatan adik-adik


Lelaki gelandangan di Jalan Meldrum, di Johor Bahru yang menjadi bahan kandungan video yang kemudian tular susulan tindakan tiga remaja memberikannya sisa makanan dan tulang ayam dari sebuah restoran makanan segera, tidak marah dengan perbuatan itu.

Sebaliknya, lelaki berusia 49 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Ram (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak pasti tujuan mereka berbuat demikian.

a81d421f9771322a8c9a45abb652e967

“Saya terkial-kial apabila disapa oleh tiga remaja itu kerana masih baring ketika itu dan tidak sangka bungkusan mereka bawa itu adalah sisa makanan.

“Terkejut (saya) apabila mendapati bungkusan itu ada sisa makanan, tapi tak marah sebaliknya hanya ucapkan terima kasih kepada mereka.

“Ketika itu juga, mereka beri bungkusan berbeza mengandungi makanan,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian.

Ram juga berkata, dia hanya menyedari video tular itu selepas dimaklumkan pengunjung kawasan ini yang turut kecewa dengan perbuatan tersebut.

Video berdurasi kurang seminit itu memaparkan tiga remaja berkenaan menikmati ayam goreng di sebuah restoran makanan segera sebelum meletakkan tulang ke dalam bungkusan dan kemudian menyerahkan sisa makanan kepada lelaki berkenaan.

fb189d1b053591f5a446b90af5f8319f

Dalam video itu, wajah Ram kelihatan terkejut apabila membuka bungkusan dan melihat kandungannya, namun tetap mengucapkan terima kasih.

“Saya maafkan perbuatan mereka dan berharap ia tidak berulang kepada gelandangan lain.

“Selepas kejadian itu, beberapa penduduk datang jumpa saya, bagi makanan dan bertanya khabar, malah ada yang mohon maaf atas perbuatan tiga remaja itu,” katanya lagi .

Portal Berita Harian juga memetik penganggur yang fasih berbahasa Inggeris berasal dari Perak itu sebagai memberitahu bahawa dia sudah lama bergelandangan.

8bd0ef1a93ad9f064b797fd69cd8ee37

Dia juga dilaporkan berkata dia memandang positif apa yang berlaku dan menganggap kumpulan remaja terbabit sebagai adik serta berharap isu berkenaan diselesaikan dengan baik.

Seorang daripada remaja berkenaan kemudian memohon maaf atas tindakan yang mengundang kecaman warga maya itu.



Source link