Malaysia Oversight

Rakyat sedang tunggu PAS ‘rampas’ PN, kata Pemuda PAS

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 1 minute
Rakyat sedang tunggu PAS 'rampas' PN, kata Pemuda PAS


MUKTAMAR | Muktamar Tahunan Pusat kali ke-71 sebulat suara menyokong usul untuk mengambil alih pentadbiran Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan datang.

Usul yang dibentangkan oleh wakil Dewan Pemuda Pusat, Muhammad Faizudin Mohd Zai, disokong oleh wakil PAS Shah Alam Mohamed Sukri Omar, yang juga Ketua Pemuda PAS .

“Saya bawa usul yang terpenting bagi kita yang hadir ke Kedah dari seluruh negara pada hari ini.

“Kita telah bincangkan isu sosial, isu ekonomi dan kita bincang bagaimana nak selamatkan negara kita. Tetapi, para hadirin jangan lupa ada satu perkara yang mesti kita selamatkan sebelum kita masuk ke PRU16.

“Rakyat sedang menunggu untuk kita rampas kepimpinan PN, dan memimpin PN bangkit mengangkat perjuangan PN ini, memimpin rakyat dan menghancurkan PH dan segelintir pemimpin-pemimpin yang sedang berada di ,” kata Faizudin dalam ucapan di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, Kedah.

Namun, Faizudin kemudian memperbetulkan perkataan “rampas PN” kepada “memperkasakan PN” seperti diminta Pengerusi Tetap Husin Ismail yang juga merupakan pengerusi majlis Muktamar PAS.

Dia turut mendakwa PN hari ini lembap dan tidak ada hala tuju.

“Hari ini orang melihat PN lemau, tepu, tiada hala tuju yang jelas, dan hilang fokus.

“Bermuktamar kita pada hari ini, untuk memberikan nafas baru, bahawa kita sedia pimpin negara pada masa akan datang,” katanya lagi.

[Laporan penuh menyusul]



Source link