Malaysia Oversight

Rakyat Malaysia di Indonesia diminta berwaspada

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 2 minute
Rakyat Malaysia di Indonesia diminta berwaspada


Rakyat Malaysia yang bermastautin atau berkunjung ke Indonesia dinasihatkan terus memantau perkembangan semasa dan mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan susulan rusuhan di Jakarta serta beberapa bandar utama sejak 28 Ogos lalu.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata setakat ini tiada rakyat Malaysia termasuk pelajar yang terjejas akibat insiden berkenaan.

34974cb570a80c0fb26c80f2ae9e83e6

Beliau menjelaskan pihak berkuasa tempatan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk mengawal keadaan serta menjamin keselamatan orang ramai.

“Masyarakat dinasihatkan mengelak kawasan yang terlibat dengan rusuhan, sama ada di Jakarta mahupun di bandar-bandar lain di seluruh Indonesia,” katanya dalam temu bual bersama media Malaysia pada Selasa.

Bagi para pelajar Malaysia, Syed Mohamad Hasrin berkata pihak Education Malaysia di Indonesia sentiasa berhubung dengan mereka bagi memantau keadaan dan menyalurkan nasihat sewajarnya.

“Mereka juga berada dalam keadaan selamat,” katanya.

c4db5efdf7476341e05f925464a38198

Menurut beliau, rakyat Malaysia yang merancang berkunjung ke Indonesia perlu membuat persiapan rapi termasuk merancang perjalanan dengan teliti, memastikan kewangan mencukupi, mendapatkan insurans perjalanan, serta mengikuti perkembangan terkini mengenai lokasi yang ingin dikunjungi.

Syed Mohamad Hasrin turut menasihatkan rakyat Malaysia agar melaporkan keberadaan mereka kepada pihak kedutaan bagi memudahkan sebarang tindakan jika diperlukan.

“Kedutaan sentiasa bersedia menjawab panggilan telefon, pertanyaan melalui e-mel dan WhatsApp bagi memberikan panduan sewajarnya. Kita akan terus melakukan perkara itu dan sekiranya perlu, kenyataan media rasmi akan dikeluarkan,” katanya.

b56c872a6e65a78917ef37182d8b0c0d

Pada 29 Ogos, Kedutaan Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan siri demonstrasi yang bermula di kawasan Senayan, Jakarta Pusat.

– Bernama



Source link