Malaysia Oversight

Rakyat Kelantan teruja mohon lesen mendulang emas

By Utusan in January 1, 2026 – Reading time 2 minute
Rakyat Kelantan teruja mohon lesen mendulang emas


KOTA BHARU: Rakyat negeri mula membuat permohonan lesen mendulang emas selaras dengan pengumuman negeri berhubung pelaksanaan aktiviti itu secara sah.

Tinjauan Utusan Malaysia rara-rata penduduk dari, Kota Bharu, Jeli, Tumpat serta Tanah Merah dilihat teruja hadir ke kaunter Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri di Kompleks Kota Darulnaim untuk membuat permohonan.

Seorang penduduk Ahmad Fauzan Mohd. Zain, 48, berkata, pemberiaan lesen itu membuka ruang kepadanya dan seluruh rakyat negeri ini untuk melakukan aktiviti tersebut secara nyata.

Katanya, selepas mengumumkan cadangan untuk membuka lesen mendulang kawasan yang mempunyai sumber mineral itu di Jeli menjadi tumpuan penduduk dari seluruh negeri ini.

“Saya harap dapat mewartakan segera lokasi yang dibenarkan untuk mendulang,” katanya,” katanya ketika ditemui di PTG negeri di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

WhatsApp Image 2026 01 01 at 1.25.08 PM
SEBAHAGIAN penduduk di negeri ini membuat permohonan untuk mendapatkan lesen mendulang emas di PTG negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.

Mengulas lanjut, Ahmad Fauzan pemilik kepada Teney Glamping itu memberitahu, dia berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semua kadar bayaran yang dikenakan ke atas setiap permohonan dibuat rakyat negeri ini.

Katanya, nilai tersebut disifatkan cukup besar apabila pemohon perlu membayar RM200 yang meliputi RM100 untuk permohonan dan RM100 apabila ia lulus nanti.

“Saya percaya aktiviti mendulang emas boleh dijadikan tarikan pelancongan baharu jika kadar bayaran dapat dikurangkan mampu menarik lebih ramai rakyat untuk terlibat dalam aktiviti berkenaan.

“Pada masa sama ia mampu memberi manfaat ekonomi kepada penduduk pedalaman. Sebelum ini ada pelanggan saya yang berminat untuk mengikuti kursus mendulang emas sejak kerajaan membuat pengumuman berkaitan perkara itu,” ujarnya.-UTUSAN





Source link