Malaysia Oversight

Rakuten Kobo Perkenalkan Kobo Remote Di Malaysia Pada Harga RM155

By Amanz in October 14, 2025 – Reading time 1 minute
Rakuten Kobo Perkenalkan Kobo Remote Di Malaysia Pada Harga RM155


Rakuten Kobo hari ini mengumumkan Kobo Remote iaitu alat kawalan nirwayar baharu yang direka khas untuk menukar halaman pada peranti eReader Kobo. Ia membolehkan pengguna membaca tanpa perlu menyentuh skrin sekali gus meningkatkan keselesaan dan kelancaran pengalaman membaca.

Kobo Remote MY 01

Kobo Remote ini boleh disambungkan melalui Bluetooth pada jarak operasi sehingga 65 kaki sekali gus membolehkan pembacaan berterusan dari jauh. Ia juga menggunakan bateri AAA boleh ganti yang mampu bertahan selama beberapa bulan bergantung pada corak penggunaan.

Kobo Remote hadir dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih. Ia akan mula dijual di Malaysia pada 4 November 2025 dengan harga RM155 dan boleh didapati di kedai fizikal serta platform atas talian rasmi mereka.



Source link