Malaysia Oversight

Raja Thailand perkenan kabinet baharu di bawah PM Anutin

By TheSun in September 20, 2025 – Reading time 1 minute
Raja Thailand perkenan kabinet baharu di bawah PM Anutin


BANGKOK: Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn memperkenankan pembentukan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul, menurut satu titah diraja pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut Warta Diraja rasmi, baginda melantik 36 anggota Kabinet yang dipilih Anutin, termasuk enam timbalan perdana menteri serta beberapa menteri lain, susulan perkenan terhadap pelantikan beliau sebagai perdana menteri baharu awal bulan ini.

Dengan Anutin yang turut memegang jawatan menteri dalam negeri, Parti Bhumjaithai akan mengetuai campuran dengan memegang bahagian terbesar iaitu 12 kerusi Kabinet, termasuk tiga jawatan dalam pejabat perdana menteri.

Perkenan diraja ini membuka jalan kepada Kabinet baharu itu untuk mengangkat sumpah taat setia di hadapan baginda serta membentangkan kenyataan dasar di parlimen, sebagai langkah terakhir sebelum para menteri boleh memulakan tugas secara rasmi – BERNAMA-XINHUA



Source link