Rahsia Kamera Samsung – 3 Fungsi Pro Yang Ramai Tidak Sedar Tapi Wajib Cuba!
Amy Maizuraa
Gambar yang cantik dan jelas kini lebih mudah dirakam, terutamanya dengan teknologi canggih telefon pintar sekarang. Siri Samsung Galaxy Z baharu bukan sahaja tampil dengan reka bentuk boleh lipat yang moden dan perkakasan berkuasa, malah turut dilengkapi sistem kamera sarat dengan ciri menarik. Mahu tahu apa yang menjadikannya istimewa?

Pro Mode – Kawalan Manual Untuk Gambar Lebih Tepat
Samsung Galaxy Z Series baharu ini dilengkapi dengan Pro Mode yang membolehkan pengguna melaras tetapan kamera secara manual mengikut keadaan sekeliling.

Antara elemen yang boleh dikawal termasuk kepekaan cahaya melalui ISO, kelajuan pengatup untuk menentukan tempoh rakaman, imbangan putih (White Balance) bagi menyesuaikan suhu warna serta nilai pencahayaan untuk mengawal tahap terang atau gelap sesuatu imej. Fungsi ini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menyesuaikan rakaman mengikut suasana dan hasil yang diinginkan. Cara mengaktifkan:
- Buka aplikasi kamera.
- Pilih More dan tekan Pro.
- Laraskan tetapan mengikut hasil yang diinginkan.
Di sinilah, pengguna boleh melaras tetapan kamera mengikut kesesuaian suasana bagi mendapatkan hasil rakaman yang lebih tepat dan menarik.
Sebagai contoh, pengguna boleh memilih tahap ISO sesuai untuk pencahayaan semasa, menetapkan imbangan putih yang betul untuk tona warna yang lebih semula jadi serta melaras elemen lain seperti nilai pencahayaan dan kelajuan pengatup mengikut jenis rakaman yang diinginkan.


Dengan sokongan penstabil imej dan teknologi pintar terbina, kamera Samsung Galaxy Z Series juga mampu mengenal pasti subjek secara automatik serta menyesuaikan warna dan latar belakang berdasarkan keadaan sekeliling.
RAW Mode – Pilihan Kreatif Untuk Pengguna Bijak
Pengguna yang mahukan kelainan boleh mencuba fungsi/ RAW Mode yang tersedia pada telefon baharu Samsung ini. Mod ini membolehkan gambar dirakam dalam bentuk asal tanpa sebarang suntingan automatik, sama ada dalam bentuk peningkatan warna ataupun kontras.


Oleh itu, gambar yang diambil dalam mod ini tidak diproses oleh sistem telefon. Hasilnya, ia kelihatan lebih tulen dan sangat sesuai untuk mereka yang suka menyunting sendiri. Selain itu, dengan bantuan aplikasi penyuntingan seperti Lightroom, Snapseed atau VSCO, gambar dalam format RAW tadi boleh disunting dengan lebih tepat. Hasil suntingan ini mampu menghasilkan imej yang lebih realistik serta mempunyai jenis yang tersendiri. Cara mengaktifkannya:
- Buka kamera dan pergi ke Settings.
- Tekan Advanced Picture Options, aktifkan RAW copies.
- Balik ke kamera, pilih Pro Mode dan tekan ikon RAW (di atas kanan).
- Mula ambil gambar.

Settings To Keep – Tetapan Kekal, Jimat Masa
Gambar sudah cantik tetapi setiap kali membuka aplikasi kamera, pengguna terpaksa mengubah semula tetapan seperti penuras, mod dan nisbah aspek. Situasi ini sememangnya leceh dan membuang masa. Kini, telefon baharu Samsung hadir dengan ciri Settings to Keep yang direka khas untuk memudahkan pengalaman fotografi.
Dengan mengaktifkan ciri ini, semua tetapan yang telah diubah akan disimpan secara automatik. Sama ada menggunakan Pro Mode, menetapkan penuras atau memilih nisbah aspek tertentu, semuanya akan kekal seperti yang diinginkan setiap kali kamera dibuka. Ciri ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memastikan setiap gambar yang dirakam kekal konsisten dengan gaya fotografi masing-masing.
Cara menetapkan ciri Settings to Keep pada kamera Samsung:
- Buka aplikasi kamera pada telefon Samsung.
- Tekan ikon empat titik (di penjuru kanan skrin).
- Pergi ke bahagian Settings dan pilih Settings to Keep.
- Tandakan tetapan yang anda mahu kekalkan seperti Mode, 50MP atau Portrait Zoom.

Dengan semua langkah mudah ini, pengalaman fotografi kini menjadi lebih menarik dan penuh makna. Samsung bukan sahaja memberi ruang kepada pengguna untuk bebas bereksperimen, malah turut menawarkan pelbagai ciri pintar yang menjadikan setiap rakaman lebih menyeronokkan.

Siri Galaxy Z baharu kini sudah berada di pasaran. Jika anda berminat, boleh dapatkannya sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi eksklusif dan produk terkini daripada Samsung, layari laman rasmi Samsung Malaysia hari ini. Rasai sendiri inovasi terbaru yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






