Malaysia Oversight

Ragbi Kelantan sasar tamat kemarau 13 tahun

By Utusan in September 2, 2025 – Reading time 2 minute
Ragbi Kelantan sasar tamat kemarau 13 tahun


SHAH ALAM: Persatuan Ragbi Negeri (PRNK), optimis skuad The Red Warriors mampu menamatkan penantian 13 tahun untuk merangkul Kejohanan Ragbi Piala Agong musim ini selepas kali terakhir muncul juara pada 2012.

Presiden PRNK, Riduannor Sarif berkata, persediaan pasukan kali ini lebih rapi dengan perancangan latihan mingguan dan program kecergasan yang teratur, selain membawa masuk beberapa muka baharu dari luar negara bagi memperkukuh skuad.

“Pemain import yang dibawa musim ini masih muda tetapi mempunyai potensi besar untuk bersaing dalam liga. Mereka digabungkan dengan bakat tempatan yang sebahagian besarnya anak jati .

“Sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus pemain kita adalah pemain tempatan, malah ada yang kembali menyertai pasukan selepas beraksi bersama kelab lain musim lalu.

“Ini kekuatan yang kami bangunkan untuk kembali menguasai kejohanan,” katanya pada sidang media Majlis pelancaran pasukan ragbi sempena Piala Agong di Elmina.

Menurut Riduannor, selain persediaan taktikal dan teknikal, pihaknya turut menekankan aspek keyakinan mental pemain selepas beberapa musim yang mencabar.

“Kelantan pernah menjadi kuasa besar ragbi negara tetapi sudah lama tidak bergelar juara. Tahun 2025 ini adalah misi besar untuk mengembalikan maruah dan tradisi juara.

“Kami percaya pasukan kali ini cukup mantap untuk menjadi pencabar utama. Harapan ini juga disokong oleh peminat dan kerjasama erat dengan Kesatuan Ragbi Malaysia,” jelasnya.

Tambah beliau, meskipun menyedari saingan daripada pasukan gergasi seperti , PDRM dan Johor, beliau tidak sesekali memandang rendah mana-mana lawan.

“Setiap perlawanan akan kami hadapi dengan penuh serius. Yang penting, peminat akan dapat menyaksikan satu perlawanan berkualiti. Itu janji kami,” katanya.

Untuk rekod, pasukan dari pantai timur ini pernah melakar hatrik dalam kejuaraan pada edisi 2010, 2011 dan 2012 sekaligus menyaksikan pasukan Kelantan pernah menjadi antara gergasi dalam sukan Ragbi tempatan-UTUSAN





Source link