Malaysia Oversight

Rafizi persoal reformasi Madani: Cantik atas kertas saja

By MkiniBM in January 12, 2026 – Reading time 2 minute
Rafizi persoal reformasi Madani: Cantik atas kertas saja


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mempersoalkan keutamaan agenda reformasi Madani apabila pencapaian ekonomi yang kelihatan positif di atas kertas gagal diterjemahkan kepada keyakinan dan pengalaman sebenar rakyat di peringkat bawah.

Menurut Rafizi, walaupun data makro menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti kemasukan pelaburan, pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan pengukuhan nilai mata wang, realitinya rakyat tidak “bersorak” kerana mereka tidak merasai kesannya dalam kehidupan seharian.

“Sebab ramai orang tak rasa benda itu dalam hidup harian. Bila tak rasa, orang mudah anggap semua ini politik semata mata.

“Sebab itu bila reformasi nak pilih reformasi mana yang paling penting, kena fikir apa yang paling atas dalam kepala rakyat. Bukan yang sedap atas kertas,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Bekas menteri ekonomi itu menegaskan tuntutan paling asas rakyat ketika ini ialah kebebasan institusi penguatkuasaan, khususnya dalam soal pelantikan, pendakwaan dan keberanian untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin besar tanpa pilih kasih.

“Orang nak tengok lantikan yang betul. Orang nak tengok pendakwaan yang bebas. Orang nak tengok keberanian mendakwa dan memenjarakan pimpinan besar,” katanya.

Pada masa yang sama, Rafizi mengakui persepsi rakyat terhadap usaha membanteras rasuah semakin merosot, berbanding ketika awal pentadbiran kerajaan sedia ada. Katanya, kebimbangan rakyat terhadap rasuah kini meningkat berkali ganda, bukan kerana mereka tiba-tiba menjadi lebih sensitif, tetapi kerana melihat corak yang berulang.

Merujuk kepada kes-kes berprofil tinggi, Rafizi seterusnya mempertikaikan kes-kes yang berakhir dengan keputusan DNAA atau dilepaskan sepenuhnya.

da9bb88db4bae0c90cf4961c37760ed4

Bekas timbalan presiden itu tidak menyebut sebarang nama tetapi jelas menyindir keputusan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ibrahim yang memutusakan iada tindakan lanjut (NFA) berhubung pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah, dan pengubahan wang haram terhadap timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi.

AGC pada 8 Januari lalu mengumumkan pihaknya tidak akan meneruskan tindakan lanjut berhubung DNAA yang diberikan kepada presiden tersebut bagi 47 pertuduhan terhadapnya berkaitan dana Yayasan Akalbudi pada 2023.

Menguls lanjut, Rafizi berkata, apabila corak tersebut berulang maka pengumuman seperti mahu menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri ke dua penggal, kebebasan maklumat (FOI) dan Ombudsman menjadi nipis.

“Rakyat akan cakap ini semua rundingan dalam kerajaan, satu pihak dapat pengumuman, satu pihak dapat kes selesai.

“Selagi bahagian paling asas itu tidak berubah iaitu penguatkuasaan yang benar-benar bebas dan konsisten, angka makro susah nak jadi keyakinan rakyat,” katanya.





Source link