Malaysia Oversight

Rafizi persoal keupayaan Kelantan kutip sendiri cukai

By MkiniBM in May 3, 2025 – Reading time 2 minute
Rafizi persoal keupayaan Kelantan kutip sendiri cukai


Meskipun dilaporkan sedang bercuti panjang, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli masih aktif menjawab isu-isu semasa yang dimainkan pembangkang menerusi media sosial rasminya.

Dalam hantaran terbaru di Facebook hari ini, Rafizi menjawab tuduhan pembangkang berhubung isu kutipan cukai oleh persekutuan.

Menurut Rafizi, dakwaan kononnya pusat menganaktirikan negeri pembangkang seperti – termasuk dalam soal pengagihan hasil kutipan cukai – merupakan naratif berulang yang dimainkan oleh dan PN untuk membangkitkan sentimen antikerajaan.

“Satu cara berkempen yang digunakan oleh dan PN yang cukup berkesan ialah menuduh persekutuan menganaktirikan mereka.

“Kononnya kutip cukai daripada rakyat negeri-negeri yang ditadbir – contohnya – tetapi tidak dikembalikan sebagai peruntukan untuk pembangunan.

“Teruknya kerajaan persekutuan sehinggakan Ahli Parlimen Pasir Putih (Nik Muhammad Zawawi Salleh) mencabar agar dibenarkan kutip sendiri cukai yang kini dibayar kepada kerajaan persekutuan,” katanya.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden menjelaskan cukai yang dikutip kerajaan pusat adalah berbentuk cukai perniagaan dan pendapatan individu, atau cukai jualan yang berkait dengan kerancakan perniagaan.

Sehubungan itu, dia mempersoalkan keupayaan kerajaan Kelantan untuk mengutip sendiri cukai yang kini dikutip oleh pusat.

“Agak-agak kalau Kelantan kutip cukai sendiri seperti yang diapi-apikan oleh PAS, adakah masalah pembangunan di Kelantan selesai? Stesen bas KB Sentral akan siap? Masalah air selesai?

“Berapa sebenarnya anggaran kutipan cukai dari Kelantan jika Kelantan mengutip sendiri cukai-cukai yang kini dikutip oleh kerajaan persekutuan?” soalnya.

Rafizi berkata jika kerajaan Kelantan tidak berjaya mewujudkan suasana perniagaan yang mesra pelaburan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang baik dan bergaji tinggi, belum tentu kerajaan negeri itu dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“…kalau pun mereka mengutip sendiri cukai-cukai di bawah bidang kuasa persekutuan kerana cukai-cukai itu mungkin tidak mencukupi untuk menanggung keseluruhan belanja pembangunan di Kelantan yang kini ditampung oleh kerajaan persekutuan.

“Sebab itu, lebih baik kita bersaing dengan kepakaran kita merancakkan ekonomi, bukannya bermain sentimen dengan mengapi-apikan konon kerajaan persekutuan memangsakan negeri-negeri pembangkang,” katanya.

Bernama



Source link