Malaysia Oversight

Rafizi mengeluh sukar tegur kawan

By MkiniBM in July 22, 2025 – Reading time 1 minute
Rafizi mengeluh sukar tegur kawan


Bekas Timbalan Presiden , Rafizi Ramli menyatakan keluhan mengenai betapa sukarnya menegur rakan sendiri berbanding pihak lawan dalam politik.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ujian sebenar seorang pemimpin bukanlah terletak pada keberanian berdepan musuh, sebaliknya pada kecekalan menegur rakan seperjuangan, khususnya dalam .

Malah, katanya, kelantangannya menegur rakan seperjuangan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahli parti.

“Sebab itu bagi saya, ujian sebenar seorang pemimpin bukanlah lantangnya dia semasa berhadapan dengan lawan. Ujian sebenar ialah istiqamahnya menegur kawan dalam parti dan .

“Kerana menegur kawan itu lebih susah daripada menegur lawan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Rafizi mengetuai sembilan ahli Parlimen mengkritik isu yang melanda dalam badan kehakiman dan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pelantikan hakim.

Ia berhubung kontroversi pelantikan Ketua Hakim Negara sebelum nama Wan Ahmad Farid Wan Saleh diumumkan sebagai pengganti Tengku Maimum Tuan Mat.

Kenyataan Rafizi itu kemudian mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan ahli , sehingga beberapa ketua cabang menggesa tindakan diambil terhadapnya.

Menurut Rafizi, pendiriannya turut menyebabkan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh mengeluarkan satu memo terhadapnya kerana dianggap menentang Perdana Menteri.

“Semua tak puas hati dengan saya sekarang.

“Yang dalam kepimpinan PKR, bila saya bagi pandangan, ramai yang kepanasan. Setiausaha Agung, Fuziah Salleh siap keluar memo lagi konon bila kami bangkit isu badan kehakiman, itu sama macam hilang kepercayaan kepada perdana menteri,” katanya lagi.



Source link