Malaysia Oversight

‘Rafizi jahil politik, jangan seret MIC dalam perebutan jawatan PKR’

By MkiniBM in May 11, 2025 – Reading time 2 minute
'Rafizi jahil politik, jangan seret MIC dalam perebutan jawatan PKR'


Timbalan Presiden , M membidas tindakan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang menyeret dalam pertikaiannya dengan Timbalan Ketua Penerangan R Ramanan.

berkata Rafizi ‘jahil’ dalam berpolitik sambil mengingatkan asal-usul kepimpinan Ibrahim bermula daripada .

“Ini menunjukkan kejahilan dan dia tidak matang berpolitik,” katanya pada kenyataan kepada Malaysiakini.

Untuk rekod, yang menyertai pada 1982 dipecat sebagai timbalan presiden parti pada September 1998 oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.

9dfe977161daabe08ea56d8a970b5327

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan kenyataan timbalan presiden PKR itu yang cuba memperlekehkan Ramanan, dengan mendakwa kekeliruannya terhadap selok-belok dalaman PKR berpunca daripada pengalamannya dalam .

“Saya tak boleh salahkan dia. Mungkin dia keliru dengan budaya parti lamanya (MIC) dan parti kita,” kata Rafizi.

“Jaga akar umbi, seperti yang Ramanan kata, itu politik wang. Saya tidak jaga parti macam itu. Kalau nak buat macam tu (beri duit, agih hamper), baik saya masuk parti lain,” tambahnya.

Kenyataan itu dibuat selepas Ramanan mengkritik beberapa pemimpin PKR yang, menurutnya semakin sukar dihubungi selepas mendapat jawatan tinggi dalam parti.

Kepimpinan Rafizi dipersoal

Sementara itu, Saravanan mempertikaikan kemampuan Rafizi memimpin, serta keupayaannya untuk mengurus PKR dengan berkesan dan bekerjasama dengan serta rakan-rakan parti.

“Adalah penting untuk mengiktiraf struktur kukuh MIC, warisan sejarahnya yang kaya dan peranannya yang penting dalam pembentukan Malaysia.

“Tambahan pula, MIC wakil sah komuniti India, memperjuangkan aspirasi mereka, mempromosikan keharmonian kaum, serta menangani isu politik dan sosial yang mereka hadapi,” tegasnya.

a5601f79a70cfc8a3cef943890a3593f

Saravanan menegaskan tidak wajar bagi Rafizi untuk secara terbuka memperlekeh parti dalam gabungan kerajaan, apatah lagi sumbangan MIC terhadap landskap politik Malaysia tidak boleh dinafikan.

Timbalan presiden MIC juga memberi amaran keras kepada Rafizi, yang kini berdepan cabaran jawatan daripada anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

“Jangan seret MIC dalam perebutan dalaman parti kamu. Pertahankan kedudukan kamu atas kelebihan sendiri.

“Kami tidak mahu terjebak dalam perebutan kepimpinan PKR. Tapi jangan gunakan MIC demi kepentingan politik kamu,” katanya.

[Baca berita asal]



Source link