Malaysia Oversight

Rafizi dedah gajinya ketika menteri RM29,000, gaji ahli parlimen RM,7000

By MkiniBM in September 13, 2025 – Reading time 2 minute
Rafizi dedah gajinya ketika menteri RM29,000, gaji ahli parlimen RM,7000


Bekas timbalan presiden , Rafizi Ramli mendedahkan bahawa gaji bersih yang diterimanya ketika menjadi menteri ekonomi adalah sebanyak RM29,556.21.

Gaji dan elaun – tanpa sebarang potongan – berjumlah RM40,653.41, berdasarkan slip gaji bulan Jun yang ditunjukkannya dalam podcast “Yang Berhenti Menteri” malam tadi.

Potongan berjumlah RM11,097.20 termasuk elaun rumah (RM4,000) kerana dia menetap di kuarters , caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (RM927), dan cukai pendapatan (RM2,743.95).

Gajinya bagi bulan yang sama sebagai Ahli Parlimen ialah RM16,000, namun selepas potongan RM8,378.00 yang disalurkan kepada partinya , jumlah bersih yang diterimanya ialah RM7,622.

“(Seseorang) Menteri, dia juga ahli parlimen, jadi dia dapat gaji ahli parlimen… dengan slip gaji yang lain.

“Jadi campur dua, RM29,000 campur RM7,000 – dapatlah dalam RM35,000, RM36,000 sebulan,” tambah Ahli Parlimen Pandan itu.

Rafizi berkata kemungkinannya gaji yang diterimanya lebih rendah berbanding wakil rakyat lain, khususnya menteri besar, yang biasanya mendapat tambahan gaji dan elaun daripada pelbagai peranan dalam anak syarikat dan jawatankuasa.

“Jadi kalau dia duduk sebagai pengerusi lembaga pengarah setiap satu campur-campur-campur. Yang tu 10 (ribu), yang ni 5 (ribu). Itu yang boleh sampai RM100,000 lebih lah.

“Kemudian kalau ahli parlimen, sebab dia boleh claim (buat tuntutan), cuma saya tak pernah claimlah seumur hidup kan. Sekarang ni aku miskin. Jadi aku nak kena claimlah agaknya,” katanya berseloroh.

fa6a46e9391c7f3b132be9793c8de06e

Ditanya perbandingan gaji dengan sektor swasta, Rafizi mengakui perkhidmatan politik tidak dibayar setinggi itu.

Namun pada masa sama, katanya ia masih jauh lebih tinggi berbanding gaji median, yang menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia menerima sekitar RM3,000 sebulan.

“Jadi bagi kebanyakan rakyat gaji menteri RM30,000 tu dia rasa banyaklah,” katanya.

Budaya politik bersih

Selain itu, Rafizi berpendapat untuk membersihkan budaya politik bukan hanya bergantung kepada pimpinan atasan sahaja.

Katanya, mereka di bawah juga perlu berhenti bergantung kepada pemberian wang tunai.

“Ia bergantung juga kepada orang bawah jugalah. Jangan bergantung kepada pimpinan atas hulur duit semua. Kalau tidak, tekanan untuk ada poket yang tebal tu akan berterusanlah,” katanya.



Source link