Malaysia Oversight

Rafizi cadang guna pemindahan tunai lepas gangguan sistem Sara

By MkiniBM in September 6, 2025 – Reading time 2 minute
Rafizi cadang guna pemindahan tunai lepas gangguan sistem Sara


Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mencadangkan melakukan pemindahan tunai untuk subsidi petrol RON95 akan datang berbanding menggunakan sistem MyKad untuk mengesahkan kewarganegaraan di stesen minyak.

Semasa mengulas mengenai gangguan sistem semasa pengagihan Sumbangan Asas Rahmah (Sara), Rafizi berkata dia pernah membangkitkan kebimbangan sedemikian sebelum ini.

“Saya memang dah suarakan daripada dulu kebimbangan saya kalau pakai IC (kad pengenalan) dan sebagainya ini, sebab itu saya kata daripada awal tadi, imbangan di antara pindahan tunai yang menggunakan Padu (Pangkalan Data Utama) bagi RM300, RM200, RM400 sebulan mengikut kesesuaian keluarga ini dengan kesukaran operasi untuk melaksanakan sesuatu seperti IC ini – sebab itu pandangan saya lebih baik kita bagi pindahan tunai,” katanya pada episod terbaru podcast Yang Berhenti Menteri malam tadi.

Pada 1 Sept, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa sistem terminal pembayaran bagi pengagihan bantuan Sara, yang beroperasi melalui rangkaian MyKasih, mengalami kelembapan ketara di pelbagai lokasi berikutan lonjakan dalam transaksi.

Perdana Menteri Ibrahim mengumumkan bantuan itu bulan lepas – jumlahnya dikreditkan ke dalam MyKad lebih 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Mengulas mengenai perkara ini, Rafizi berkata telah melancarkan bantuan kewangan RM100 sekali sahaja untuk modal politik dan untuk mendapatkan sokongan popular daripada rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, dia berkata kerosakan sistem itu “mengagalkan tujuan” kerana orang ramai hanya akan mengingati kesukaran untuk mendapatkan bantuan dan bukannya wang itu sendiri.

Mengenai subsidi petrol, Rafizi tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika sistem rosak ketika orang ramai beratur di stesen minyak.

“Bayangkan lepas ini, yang kena beratur, yang kena pakai kad untuk pengesahan tu satu hal lah. tapi kalau system down? Tak cukup bandwidth, ataupun kad reader tak jalan?

“Jadi saya haraplah ini antara perkara-perkara yang hikmahnya bila berlaku seperti ini dalam masa Sara ini, dia perlu diambil kira juga oleh dalam sebarang bentuk pelaksanan RON95 nanti,” katanya.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata butiran lanjut mengenai subsidi RON95 akan diumumkan pada akhir bulan ini.

Dia sebelum ini berkata kerajaan sedang memikirkan mekanisme seperti penggunaan MyKad, e-dompet, dan aplikasi syarikat minyak.



Source link