Malaysia Oversight

Rafizi beri amaran krisis hutang bakal jejaskan kerajaan akan datang

By MkiniBM in October 13, 2025 – Reading time 2 minute
Rafizi beri amaran krisis hutang bakal jejaskan kerajaan akan datang


PARLIMEN l Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli (Pakatan Harapan-Pandan) menyuarakan kebimbangan mengenai kegagalan mengecilkan jurang pendapatan tahun ini di sebalik mempunyai pendapatan tambahan RM15.5 bilion.

Semasa perbahasannya mengenai Belanjawan 2026, Rafizi berkata cabaran itu mungkin akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

“Jadi sesiapa pun yang nak jadi dalam tempoh dua tahun daripada sekarang maksudnya cabaran hasil ini adalah perkara yang sebenar,” katanya di Dewan Rakyat.

Dia juga menyatakan tahap hutang yang tinggi sebagai ancaman nombor satu kepada negara pada masa hadapan.

Jelasnya, salah satu cara ini dimanifestasikan adalah melalui projek infrastruktur.

“Kita tahu bahawa syarikat-syarikat ini, agensi-agensi ini perlu mengambil hutang kemudian dijamin oleh kerajaan kerana projek-projek infrastruktur atau projek yang mereka laksanakan itu tidak berupaya mendapatkan pembiayaan pada nilai komersial projek.

“Sebab itu kerajaan kena jamin. Jadi besar kemungkinan semua jaminan hutang itu satu hari nanti akan terus ditanggung oleh kerajaan tak kisah kerajaan manalah.

“Ini termasuklah contohnya jaminan kepada DanaInfra yang telah naik kepada RM85 bilion,” katanya.

Rafizi memetik hutang lain, termasuklah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) – yang mempunyai jaminan RM50 bilion, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – RM41 bilion, dan Prasarana Malaysia Berhad – RM42 bilion.

Rafizi berkata dia kesal bagaimana semua simpanan kerajaan telah digunakan untuk membayar faedah yang semakin meningkat ke atas hutang sedia ada.

“Akhirnya kesemua penjimatan itu habis kita guna untuk bayar hutang yang naik sama banyak.

“Kita jimat RM17 hingga RM18 bilion, hutang bayar faedah naik 18 bilion hangus begitu saja,” katanya.

Dia menyifatkan ini disebabkan ketiadaan rombakan yang lebih menyeluruh dalam pengurusan hutang.

Bagi menangani isu hutang negara yang semakin meningkat, Rafizi menyeru Kementerian Kewangan yang diterajui supaya lebih telus berhubung isu tersebut.

“Saya percaya Kementerian Kewangan perlu membentangkan dengan panjang lebar, kerana itu satu perkara yang belum dibincangkan dengan mendalam di Dewan,” katanya.

Dia turut mencadangkan perkara itu dibahaskan di Dewan Rakyat.

Pada Julai, ahli ekonomi Goh Lim Thye menegaskan bahawa paras hutang semasa Malaysia sebahagian besarnya diwarisi dan bukan hasil daripada dasar pentadbiran semasa.

Pensyarah kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya itu berkata hutang yang tinggi itu berpunca daripada isu warisan dan perbelanjaan berkaitan krisis, menyorot perbelanjaan besar-besaran semasa pandemik Covid-19 dan skandal 1MDB.

Antara 2020 dan 2022, kerajaan pimpinan Perikatan Nasional melancarkan lebih RM530 bilion langkah rangsangan, termasuk lebih RM100 bilion suntikan fiskal langsung.

Walaupun langkah ini membantu mengekalkan pekerjaan dan mencegah keruntuhan ekonomi, ia meningkatkan hutang awam dengan ketara.

Kata Goh, skandal 1MDB juga membebankan kerajaan dengan obligasi jangka panjang dan menjejaskan kepercayaan pelabur,



Source link