Malaysia Oversight

Qunut nazilah bukan senjata politik: Menolak ‘ghuluw’ dalam beragama

By MkiniBM in July 28, 2025 – Reading time 5 minute
Qunut nazilah bukan senjata politik: Menolak ‘ghuluw’ dalam beragama


Dalam suasana politik negara yang semakin panas dengan perbezaan pandangan dan kecenderungan, terdapat segelintir pihak yang memperalatkan agama lebih-lebih lagi ibadah suci seperti doa untuk mencapai agenda tertentu.

Peristiwa terkini yang berlaku pada 26 Julai, apabila seorang anggota parlimen membacakan qunut nazilah secara terbuka dalam perhimpunan politik untuk menjatuhkan pemimpin negara ini, menjadi titik hitam dalam sejarah politik Malaysia. Ia bukan sahaja tindakan tidak beretika, tetapi juga merupakan bentuk ghuluw (melampaui batas) yang jelas ditegah oleh .

adalah agama rahmah. Ia tidak membenarkan agama dijadikan alat menjustifikasi kemarahan politik peribadi, apatah lagi menghukum sesama muslim dengan doa kebinasaan hanya kerana perbezaan ideologi atau parti.

Apa Itu Qunut Nazilah?

Qunut Nazilah adalah doa khas yang dibaca dalam solat fardhu,  biasanya ketika solat Subuh, sewaktu umat Islam ditimpa musibah besar, dizalimi atau diserang oleh musuh Islam. Ia bersifat sementara, bukan sesuatu yang rutin, dan dilafazkan atas dasar kesatuan umat, bukan perpecahan. Sebagaimana dalil hadis:

“Nabi SAW membaca Qunut selama sebulan, mendoakan kebinasaan terhadap Ri’l, Zakuan dan Lahyan.”  (Riwayat al-Bukhari, hadis no 4090 dan Muslim, hadis no 677)

Peristiwa ini berlaku selepas para sahabat dibunuh secara kejam dalam peristiwa Bi’r Ma’unah oleh kabilah Arab yang berpura-pura masuk Islam. Tahukah kita apakah tujuan asalnya qunut nazilah itu? Ia adalah bagi mendoakan keselamatan umat Islam, memohon pertolongan Allah dalam musibah besar dan mendoakan kebinasaan musuh Islam yang menzalimi umat.

Namun, ia sama sekali bukan untuk menjatuhkan pemimpin Muslim yang sah melalui doa yang penuh emosi dan kebencian.

Melampau dalam beragama

Ghuluw bermaksud berlebihan dalam beragama sehingga melampaui batas syarak. Dalam isu ini, ia merujuk kepada mempergunakan doa untuk melampiaskan kemarahan politik, menganggap perbezaan pandangan politik sebagai kufur atau munafiq serta menghukum sesama Islam tanpa proses tabayyun (bertanyakan) atau istisyarah (perbincangan).

Firman Allah:

“Wahai Ahlul Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu…” (Surah An-Nisa’: 171)

Sabda Nabi SAW:

“Jauhilah oleh kamu sikap melampau dalam agama, sesungguhnya telah binasa orang sebelum kamu kerana ghuluw mereka dalam agama.” (Riwayat Ahmad, al-Nasa’i, Ibn Majah)

Simbol luaran seperti jubah, serban atau janggut adalah sunnah yang dihormati. Namun ia tidak menjadi bukti kesempurnaan agama dan bukan lesen memperalatkan agama. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berkata:

“Agama itu bukan pada rupa dan pakaian, tetapi pada akhlak dan ilmu.”

Islam menilai niat, ilmu dan akhlak, bukan simbol luaran semata. Malangnya, hari ini ada yang berserban tetapi mendoakan kebinasaan terhadap sesama Muslim tanpa hujah yang benar. Ini menjadikan agama itu nampak kejam dan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat awam.

Rasulullah tak pernah doakan kebinasaan sesama Muslim

Lihat saja keapad kisah Abdullah bin Ubay bin Salul (ketua munafiq). Walaupun dia menyebarkan fitnah dan mencetuskan perpecahan, Rasulullah SAW tidak mendoakan kebinasaan ke atasnya secara terang-terangan. Bahkan Baginda SAW masih solat jenazah ke atasnya (sebelum diturunkan larangan dalam Surah At-Taubah: 84).

“Dan janganlah engkau solatkan jenazah salah seorang dari mereka (munafiq) yang mati selama-lamanya…” (At-Taubah: 84)

Ini menunjukkan rahmah Nabi SAW terhadap orang Islam, walaupun diketahui nifaq mereka.

Seterusnya, kisah musuh Quraisy iaitu doa bukan jalan pertama. Ketika ditindas di Taif, Nabi SAW tidak mendoakan kebinasaan kaum itu walaupun dilempar batu dan dicaci. Bahkan Baginda SAW berdoa:

“Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak tahu. (Riwayat al-Bukhari)

Jika Nabi SAW sendiri menahan diri dari berdoa kebinasaan kepada mereka yang menyakiti Baginda, maka apatah lagi kepada pemimpin Muslim yang sedang memikul amanah berat untuk rakyat.

Bahaya jadikan doa sebagai senjata politik

Tanpa kita sedar ia boleh merosakkan akhlak Politik Islam. Menggunakan qunut nazilah sebagai alat politik untuk menjatuhkan pemimpin adalah satu bentuk fitnah yang melampau. Ia merosakkan nilai siyasah syar’iyyah (politik berasaskan syariah), yang mementingkan hikmah, keadilan dan maslahat umat.

Tidak terkecuali, ia boleh mencetuskan perpecahan ummah. Sedangkan pada Ayat-Ayat Allah dalam surah Al Hujurat ayat 10:

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara…”

Doa seperti itu menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat, dan menyebabkan ahli politik serta pendakwah kehilangan integriti di mata masyarakat.

Tabayyun dan istisyarah

Tahukah kita, tabayyun bermaksud menyelidik, menyemak fakta, dan tidak terburu-buru menghukum?

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, maka selidikilah…” (Surah al-Hujurat: 6)

Sebelum itu, perlu kita ketahui, persoalan kepada golongan yang menggunakan qunut nazilah untuk kepentingan politik mereka. Pernahkah kalian memanggil para pemimpin yang disasarkan untuk qunut nazilah itu, untuk berbincang atau berdialog?

Jika segala itu tidak dilakukan, maka tindakan mereka benar-benar melanggar prinsip istikhlas dan istisyarah, dan adalah bukti ghuluw yang berbahaya.

Antara hikmah dan hasad

Realiti hari ini, memang tidak sempurna, tetapi bukan zalim. hari ini terdiri daripada ramai tokoh Islam, termasuk tokoh ulama, mufti, pendakwah dan cendekiawan. Walaupun masih banyak kekurangan, namun mereka tidak melakukan kezaliman agama seperti:

  1. Menutup masjid

  2. Menghalang dakwah

  3. Mempromosi atau membenarkan maksiat

Justeru, tindakan pihak terbabit menyamakan mereka dengan pemimpin zalim seperti Firaun, Namrud atau rejim Israel adalah tidak adil dan jauh menyimpang dari kebenaran.

Siapa pun antara kita, boleh saja mengkritik, tetapi jangan menyesatkan. Dalam Islam, kritikan adalah tanda kasih tetapi dilakukan dengan akhlak, hujah dan kasih sayang, bukan doa celaka. Kerana, “Agama itu nasihat.” (Riwayat Muslim)

Kembali kepada rahmah

Oleh yang demikian, jangan menggunakan agama sebagai alat menghalalkan dendam politik. Hormatilah prinsip tabayyun dan siyasah syar’iyyah dan kembalilah kepada akhlak Rasulullah SAW, berdakwah, bukan memaki apalagi memfitnah semata-mata untuk kepuasan dan parti sendiri.

Kita sebagai Rakyat Malaysia, jangan mudah terpedaya dengan penampilan seseorang. Nilailah setiap tindakan dengan ilmu dan hikmah. Marilah kita bersatu dalam mencari kebaikan, bukan mengangkat mereka yang menyebar kebencian apalagi fitnah.

Justeru, pihak berkuasa agama dan mufti, seharusnya perlu mengeluarkan garis panduan rasmi penggunaan Qunut Nazilah agar tidak disalahgunakan. Manakala, pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), siasat pelanggaran etika politik menggunakan agama secara ekstrem. Tidak terkecuali, ahli politik dan NGO Islam sewajarnya mengadakan wacana ilmu untuk menerangkan kedudukan sebenar amalan seperti qunut nazilah.

Hakikatnya, Islam bukanlah agama marah-marah. Islam bukanlah senjata untuk menjatuhkan orang yang kita benci. Islam adalah agama kasih sayang, ilmu, dan hikmah. Bacaan qunut nazilah terhadap pemimpin Islam yang tidak zalim adalah satu kesalahan besar. Ia perlu dihentikan serta-merta. Jubah, serban, janggut dan gelaran ustaz bukanlah tiket untuk memperalat agama.

Mari kita tegakkan agama Islam ini dengan cara yang benar. Dengan ilmu, pengetahuan adab, dan kasih sayang.


ATRIZA UMAR adalah pengarah hal ehwal syariah dan dakwah Amanah Negeri Sembilan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link