Qualcomm Umum Nama Cip Mercu Akan Datang – Snapdragon 8 Elite Gen 5
Aman
Qualcomm kini secara rasminya telah mengumumkan penjenamaan untuk cip mercu akan datang mereka, iaitu dinamakan sebagai Snapdragon 8 Elite Gen 5. Qualcomm dilihat mungkin mengumumkan penjenamaan terlebih dahulu ini dalam usaha mengelak para pengguna keliru dengan penggunaan nama untuk cip berkenaan.
Qualcomm mengatakan walaupun nampak seperti mereka melompat penggunaan “Gen 4”, tetapi ini adalah cip mercu premium generasi kelima dibawah siri-8, selepas Gen 3 dan juga Snapdragon 8 Elite sebelum ini. Dengan langkah ini, ia juga mungkin memperlihatkan Qualcomm akan lebih menggunakan penjenamaan secara bersiri dan tidak melompat atau memperkenalkan penjenamaan yang mengelirukan selepas ini. Nama “Elite” juga dikekalkan untuk penawaran mercu dan terbaik pada cip mereka.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi penawaran teknikal dan peranti-peranti yang akan menggunakannya tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.