Malaysia Oversight

Qualcomm Mengambil-Alih Arduino

By Amanz in October 7, 2025 – Reading time 1 minute
Qualcomm Mengambil-Alih Arduino


Qualcomm Mengambil-Alih Arduino

October 7, 2025
Perkakasan

Aman

Qualcomm hari ini membuat kejutan dan mengumumkan mereka akan mengambil-alih Arduino.

Bagi anda yang tidak mengenalinya, Arduino menawarkan perkakasan elektronik berbentuk papan litar yang boleh diprogram dan dibangunkan pengguna mengikut keperluan. Arduino bukan sahaja digunakan oleh pembangun dan peminat, tetapi juga digunakan dalam pembelajaran. Disamping itu, ia juga turut menjadi asas dalam arena robotik yang kini kian mendapat perhatian.

Qualcomm Arduino

Dengan pengambil-alihan ini, Qualcomm berharap Arduino akan menerima capaian dan perhatian lebih ramai, dan akan digunakan lebih aktif dalam pembangunan, termasuk pembangunan robotik. Qualcomm dilihat mungkin akan menjual cip kepada pembangun yang ingin komersilkan hasil akhir mereka kelak.

Langkah ini juga memperlihatkan Qualcomm ingin mempelbagaikan lagi perniagaan dan memperluaskan capaian produk mereka, tidak terhad kepada cip dan modem untuk peranti mudah-alih sahaja.

Arduino Uno

Selari pengumuman pengambil-alihan ini, Qualcomm turut mengatakan kelak papan litar Arduino baru akan diperkenalkan dinamakan Uno Q yang hadir dengan cip Qualcomm padanya. Ini akan membolehkan pembangunan projek lebih berkuasa berbanding penggunaan papan litar Arduino kini di pasaran.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link