Malaysia Oversight

Qualcomm dan BMW Bekerjasama Membangunkan Snapdragon Ride Pilot – Sistem Swapandu Tahap 2+

By Amanz in September 5, 2025 – Reading time 1 minute
Qualcomm dan BMW Bekerjasama Membangunkan Snapdragon Ride Pilot – Sistem Swapandu Tahap 2+


Qualcomm dan BMW Bekerjasama Membangunkan Snapdragon Ride Pilot – Sistem Swapandu Tahap 2+

September 5, 2025
Automotif
Perkakasan

Effi Saharudin

Qualcomm bekerjasama dengan BMW untuk membangunkan sistem swapandu Snapdragon Ride Pilot dengan kemampuan Tahap 2+ di lebuhraya dan dalam bandar. Snapdragon Ride Pilot menggunakan cip pemproses Snapdragon Ride dan perisian swapandu yang dibangunkan kedua-dua syarikat selama tiga tahun.

BMW iX3 Snapdragon Ride Pilot A

Kenderaan pertama dengan Snapdragon Ride Pilot ialah BMW iX3 yang dilancarkan hari ini. Ia adalah kenderaan pertama Neue Klasse yang menerima pengesahan untuk digunakan di lebih 60 negara, dengan sasaran mengembangkannya ke lebih 100 negara menjelang 2026.

BMW iX3 Snapdragon Ride Pilot B
BMW iX3

Sistem mempunyai tahap kesedaran pemandangan 360 darjah dengan kamera boleh mengesan objek, lorong, memahami papan tanda jalan, bantuan parkir, pemantauan pemandu dan juga pemetaan. Kamera dan radar juga mempunyai masa pendam lebih rendah untuk meningkatkan prestasi dalam senario keselamatan aktif.

BMW iX3 Snapdragon Ride Pilot C

Selain itu Snapdragon Ride Pilot mengekalkan komitmen kepada standard Automotive Safety Integrity Levels (ASIL) dan Functional Safety (FuSa) yang menyokong pematuhan dengan peraturan keselamatan terkini, termasuk NCAP, FMVSS 127 dan DCAS.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link