Malaysia Oversight

Putin pertimbang hadir ke Sidang Kemuncak Asean

By MkiniBM in October 21, 2025 – Reading time 2 minute
Putin pertimbang hadir ke Sidang Kemuncak Asean


Perdana Menteri Ibrahim menyatakan Presiden Rusia Vladimir Putin sedang menimbang secara serius untuk hadir ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur, walaupun belum ada pengesahan buat masa ini.

Menurut , delegasi Rusia setakat ini hanya secara rasmi mengesahkan kehadiran timbalan perdana menterinya, namun menyatakan yang Putin telah menunjukkan minat untuk hadir ketika pertemuan dengannya di Beijing, pada Ogos lalu.

“Kami telah hantar undangan kepadanya (Putin). Dia beritahu saya di Beijing yang dia sedang menimbangnya secara serius.

“Setakat ini, dia hantar timbalan menteri, tapi hari ini akan tahu jika dia (juga) datang.

“Tetapi saya rasa buat masa ini, ada kemungkinan… dia ada menyatakan hasrat untuk datang. Kita lihat nanti, tetapi secara rasmi buat masa ini timbalan perdana menteri yang akan datang,” katanya kepada pemberita pada forum anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2025 hari ini.

ef66e5ed020e898ff1dbadfd809d3e28
dan Putin di Russia

Sidang Kemuncak Asean ke-47 akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober. Ia merupakan perhimpunan terbesar dalam sejarah Asean sejak penubuhannya pada 1976.

Dengan tema “keterangkuman dan kelestarian”, sidang kemuncak itu menghimpunkan pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota Asean termasuk rakan dialog utama seperti Amerika Syarikat, , Jepun dan India.

Bulan lalu, Pengerusi Jawatankuasa Antara Parlimen dan Dasar Luar Parlimen Ukraine, Oleksandr Merezhko berkata sebarang jemputan oleh mana-mana negara kepada Putin seharusnya dibuat hanya dengan tujuan untuk menahannya atas dakwaan jenayah perang.

Dia berkata ia turut terpakai bagi jemputan peribadi Anwar kepada Putin untuk Sidang Kemuncak ASEAN minggu hadapan.

“Putin adalah penjenayah perang. Dari segi undang-undang antarabangsa, dia adalah penjenayah perang, dan kita harus berpegang kepada fakta ini apabila seseorang mempertimbangkan sama ada untuk menjemputnya atau tidak.

“Negara (yang membuat undangan) perlu mengambil kira perkara ini,” katanya.

Ketika itu, Merezhko menekankan Putin bertanggungjawab atas tragedi MH17 – pesawat Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika pertempuran antara negara itu dengan puak pemisah pro-Rusia.

Pada 13 Mei lalu, majlis penerbangan PBB memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden pesawat ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada Julai 2014, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal.



Source link