Malaysia Oversight

Pusat panggilan ‘love scam’ sasar warga Jepun diserbu

By MkiniBM in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
Pusat panggilan 'love scam' sasar warga Jepun diserbu


Polis percaya berjaya melumpuhkan sebuah pusat panggilan dipercayai bagi kegiatan penipuan cinta (love scam) selepas menyerbu sebuah rumah di Kajang, pada Rabu lalu.

‎‎Ketua Polis Shazeli Kahar berkata hasil serbuan itu, pihaknya menahan 13 warga asing terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita.

Katanya siasatan mendapati sindiket terlibat dalam penipuan berkenaan menyasarkan mangsa di Jepun melalui akaun media sosial seperti Instagram dan Line dengan menggunakan akaun identiti palsu.

‎‎”Sindiket terbabit dipercayai beroperasi sejak kira-kira tiga bulan lalu dengan setiap ahli diarahkan membuat hantaran menerusi media sosial bagi menunjukkan akaun berkenaan aktif dan tulen.

‎‎”Setelah berjaya menarik perhatian mangsa, ahli sindiket mula berkomunikasi dengan mangsa dan menghantar mesej kepada mereka untuk mendapatkan nombor telefon peribadi, akaun media sosial Line, Instagram dan lain-lain,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

‎‎Shazeli berkata sindiket berkenaan juga mempunyai bahagian kewangan yang diuruskan oleh ahli sindiket lain menggunakan platform Telegram dan Signal sebagai medium komunikasi dalaman.

‎‎Dia berkata polis turut merampas 11 telefon bimbit dan komputer riba manakala semua individu terbabit kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan.

‎- Bernama



Source link