Pusat Data Awanan Microsoft Southeast Asia 3 Akan Dibuka Di Johor Bahru
Effi Saharudin
Microsoft akan membuka pusat data awanan serantau di Johor Bahru, dinamakan Southeast Asia 3. Ia akan menawarkan perkhidmatan awan paling komprehensif dan strategik Microsoft, menyokong keperluan pelanggan dan beban kerja AI yang semakin berkembang. Ini ialah pusat data awanan serantau kedua di Malaysia selepas wilayah Malaysia West dibuka di Kuala Lumpur pada Mei lalu.

Tujuan Southeast Asia 3 dibuka ialah bagi mempercepatkan penggunaan AI secara berskala di rantau ini. Menurut Laurence Si Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, pelaburan ini menunjukkan komitmen Microsoft terhadap inovasi digital, keselamatan, dan pembangunan tenaga kerja AI di Malaysia.
Southeast Asia 3 akan menggunakan beberapa teknologi yang akan membolehkan ia beroperasi serasa mampan menerusi pengguna sistem penyejukan yang menjimatkan penggunaan air. Air yang digunakan tidak akan tersejat dengan ia dikitar secara berterusan dalam gelung tertutup sekaligus mengurangkan penggunaan air. Disamping itu, ia dilengkapi generator kuasa sandaran menggunakan bahan api bio untuk mengurangkan pelepasan karbon.
Microsoft turut mendedahkan syarikat Affin Group, Petronas dan RHB Bank telah mula mengintegrasikan ejen AI dalam operasi dengan beberapa organisasi lain masih di fasa awal penggunaannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






