Malaysia Oversight

Pusat Data AI Menggunakan Lebih Banyak Air Daripada Jumlah Air Botol Yang Diminum Setahun

By Amanz in December 19, 2025 – Reading time 1 minute
Pusat Data AI Menggunakan Lebih Banyak Air Daripada Jumlah Air Botol Yang Diminum Setahun


Pusat Data AI Menggunakan Lebih Banyak Air Daripada Jumlah Air Botol Yang Diminum Setahun

December 19, 2025
Kecerdasan Buatan
Sains

Effi Saharudin

Kecerdasan buatan (AI) menggunakan pusat data besar yang menggunakan jumlah kuasa elektrik dan air yang tinggi. Ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan lebih-lebih lagi selepas Johor tidak lagi meluluskan pembinaan pusat data yang memerlukan jutaan liter air sehari tahun ini.

Air Tangan Water

Dalam kajian yang dilakukan oleh saintis data Alex de Vries-Gao, beliau mengatakan pusat data AI menggunakan lebih banyak air daripada jumlah air botol yang diminum setahun dan menghasilkan pencemaran lebih tinggi daripada bandaraya New York.

Kajian beliau diterbitkan dalam jurnal Patterns menganggarkan pusat data AI menggunakan antara 312.5–764.6 bilion Liter air setahun. Sebagai perbandingan sebanyak 446 bilion Liter air botol diminum setahun. Disamping itu jumlah pelepasan CO2 ke udara pula adalah antara 32.6 – 79.7 juta ton setahun yang lebih tinggi berbanding 52.2 juta ton CO2 yang dilepaskan bandaraya New York setahun.

de Vries-Gao berkata anggaran yang diberikan mempunyai julat yang besar kerana jumlah penggunaan tenaga dan air sebenar tidak didedahkan oleh syarikat yang mengendalikannya. Kurangnya ketelusan membuatkan pengumpulan data yang lebih tepat tidak boleh dilakukan pada ketika ini.



Source link