Malaysia Oversight

Pupuk tekad antirasuah, raih pendapatan halal

By MkiniBM in October 13, 2025 – Reading time 2 minute
Pupuk tekad antirasuah, raih pendapatan halal


Perdana Menteri Ibrahim mengingatkan penjawat awam berhubung tekad untuk mendapat pendapatan yang halal serta “hati nurani” untuk menolak rasuah.

berkata, rasuah dan ketirisan berlaku kerana ada yang memilih untuk menutup mata terhadap masalah itu.

Dia membangkitkan sebuah sindiket yang menurutnya mengawal pelabuhan di negara ini “puluhan tahun dulu”.

“Tentunya sindiket ini tak boleh hidup kalau tak ada kaitan dengan badan-badan penguatkuasa dan pembesar, dan mungkin menteri dan perdana menteri,

“Jadi kita tanya diri kita (sendiri), solat lima kali sehari, doa pad Allah (untuk lindungi) dari kezaliman dan penindasan, tapi kita izinkan (kegiatan) ini semua (berlaku).

“Jadi sebab itu saya cuba sedaya upaya (lawan rasuah) dan perkara ini bukan mudah. Ada risikonya, ada bantahannya,” katanya ketika berucap semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di hari ini.

menekankan penjawat awam agar membuat perubahan dan tidak menunggu pihak lain untuk melakukannya,

Dia juga menggesa mereka agar melaksanakan tugas sebaik mungkin tanpa mengira berapa lama mereka sudah berkhidmat.

“Mesti ada tekad dalam diri…mesti dari pancaran keyakinan dhamir hati nurani kita.

“Kita mahu perolehi pendapatan yang halal, (jadi) jalankan kerja sebaik mungkin. (Sama ada) kita ada (tahun perkhidmatan) setahun lagi, dua tahun lagi atau lima tahun lagi, berkhidmatlah dengan sebaiknya,” katanya lagi.

Menutup ketirisan

Anwar juga membangkitkan kejayaan dalam “menyelamatkan” RM15.5 bilion dengan menangani ketirisan dan rasuah serta melalui operasi penguatkuasaan terhadap kegiatan penyeludupan.

“Katakanlah (selamatkan) RM5 bilion setahun (kerana) RM15 bilion dalam dua tahun terlalu tinggi. Maknanya dalam 20 tahun, (dapat selamatkan) RM100 bilion.

“Bayangkan (jumlah itu digunakan untuk) universiti kita, pendidikan anak-anak kita, klinik desa dan sekolah anak-anak kita, kemudahan kesihatan untuk anak-anak OKU dan ibu bapa kita,” katanya lagi.

Kenapa subsidi menyeluruh?

Anwar turut menyentuh soal inisiatif Budi95, yang membolehkan menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter untuk warga Malaysia.

Anwar berkata dia memutuskan untuk melaksanakan subsidi menyeluruh kepada semua rakyat dan bukan subsidi bersasar seperti yang dirancang pada awalnya selepas mengambil iktibar daripada penyesuaian tarif elektrik sebelumnya.

Katanya, dia menjadi sasaran kritikan berhubung penyesuaian itu walaupun langkah tersebut tidak melibatkan 85 peratus pengguna.

“Kalau saya tak belajar daripada pengalaman (penyesuaian tarif) elektrik, tak cerdiklah (saya).

“Orang tak boleh terima kenaikan harga dalam keadaan gaji tak naik, harga barang makin terkesan, geopolitik dunia semakin tidak menentu yang menyebabkan harga import kita meningkat.

“Alhamdulillah, ringgit kita menguat. Kalau (nilainya) jatuh, lagi parah.

“Jadi sebab itu (selepas) perbincangan, kita pilih turunkan harga RON95,” katanya lagi.



Source link