Malaysia Oversight

Pukulan KO untuk PAS Kelantan, kata Puad

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
Pukulan KO untuk PAS Kelantan, kata Puad


Ahli Majlis Tertinggi , Mohd Puad Zarkashi menyifatkan pendedahan PDRM mengenai peningkatan gejala sosial di sebagai “pukulan KO” terhadap PAS di negeri itu.

Menurutnya, PAS tidak dapat menerima hakikat apabila Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat dan Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay membangkitkan isu peningkatan masalah sosial seperti dadah dan rogol di negeri tersebut.

Melor (Wan Rohimi Wan Daud) minta bukti. PAS rasa malu. Pada mereka Kelantan ditadbir secara . Mana mungkin jenayah meningkat.

“Sepatutnya PAS jadikan itu motivasi untuk cari formula baiki pentadbiran. Bukan sapu sampah bawah tikar dan beretorik “ mentadbir Kelantan”.

“Hakikatnya hampas. Pendedahan PDRM itu adalah pukulan KO kepada PAS,” tegas Mohd Puad dalam hantaran di Facebook.

Dalam sidang media khasnya pada 9 April lalu, Mohd Yusoff memaklumkan, jumlah kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan menunjukkan trend peningkatan ketara setiap tahun, dengan kebanyakan kes melibatkan hubungan suka sama suka.

Menurut Mohd Yusoff, pada 2024 sebanyak 252 kes direkodkan berbanding 206 kes pada 2023.

Apa yang membimbangkan polis, katanya, ialah ada dalam kalangan pelaku terdiri daripada remaja berumur seawal 10 tahun.

Sebelum itu pada 21 Mac lalu, Mohd Yusoff mendedahkan ramai pengasas produk kosmetik dan pempengaruh di Kelantan terbabit dengan pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.

33aff9ad443b406255a9751e7ec11c7b

Pada 17 April pula, Ayob pula berkata Kelantan muncul negeri yang mencatatkan kadar penyalahgunaan dadah tertinggi di negara ini dengan statistik menunjukkan 1,130 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Bagaimanapun Wan Rohimi pada sidang DUN Kelantan 21 April lalu mendakwa polis mengeluarkan kenyataan tersebut tanpa disokong oleh data yang sewajarnya.

“Saya tertanya-tanya ketua polis ni (Mohd Yusoff) nak menjual cerita sensasi ataupun nak menjadi penguat kuasa atau penjawat awam yang mempunyai disiplin tentang data?

“Empat hari lepas, Timbalan Ketua Polis Negara mengulang data yang sama.

“Kita fikir bakpo (kenapa) yang bersungguh sangat dan mengambil satu cebisan yang kecil untuk memberikan gambaran yang salah (berkenaan isu sosial dan jenayah Kelantan).

“Sebab itu saya kata, kalau nak sebut, sebut semualah. Apabila kita (PAS) tengok (teliti) baru kita perasan… oh barangkali hari Sabtu ni adalah pilihan raya kecil bagi DUN Ayer Kuning,” katanya.

08bb2c9cd462916ba03936f4ba1d155e

Semalam Kelantan mengecam kenyataan Wan Rohimi kerana didakwa cuba memberi gambaran buruk terhadap PDRM dan menyerang dua pegawai kanan polis tersebut.

Pengerusi Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob turut mencabar PAS terbabit mengulangi kenyataan sama di luar DUN.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata Kelantan tidak boleh lagi bermain ‘sorok-sorok’ dalam isu itu kerana data “di hujung jari”.

“PAS perlu berhenti jual agama. Lebih baik PAS tangguh dulu angan-angan mentadbir negara. (Selama) 35 tahun tadbir Kelantan, jenayah makin meningkat,” katanya.



Source link