Malaysia Oversight

Pukul anjing hingga mati, Thineshkumar didenda RM20,000

By MkiniBM in October 1, 2025 – Reading time 1 minute
Pukul anjing hingga mati, Thineshkumar didenda RM20,000


Majistret Anis Hanini Abdullah turut memerintahkan mekanik berusia 23 itu, menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Seorang mekanik didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memukul seekor anjing sehingga menyebabkan kematian haiwan itu, bulan lepas.

4675fb7f4e6322a4211bc542227b311a

Majistret Anis Hanini Abdullah turut memerintahkan M Thineshkumar, 23, menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Dia didakwa telah memukul seekor anjing jantan dengan kejam menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan haiwan itu mengalami kecederaan antara 10.30 malam hingga 9 pagi pada 18 dan 19 Sept lepas di sebuah rumah di Lebuh Klebang Utara 30 Taman Arkid Ipoh.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, atau denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Amal Aziemah Kohar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu denda minimum atas alasan tiada pendapatan tetap selain perlu menanggung kedua ibu bapanya serta mendakwa haiwan itu telah menggigitnya.

9e52fc6d38884f8d888ca013a9b2cdfc

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah memukul anjing peliharaan kakaknya menggunakan sebatang besi di kediaman mereka namun haiwan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius ketika itu.

Bagaimanapun, sehari selepas itu ketika kakaknya bekerja, Thineshkumar sekali lagi bertindak memukul anjing tersebut sehingga cedera parah di bahagian kepala yang akhirnya menyebabkan kematian haiwan berkenaan.

– Bernama



Source link