Malaysia Oversight

Puad ungkit SD sokong Muhyiddin, Saravanan balas ‘No Anwar, No DAP’

By MkiniBM in August 1, 2025 – Reading time 3 minute
Puad ungkit SD sokong Muhyiddin, Saravanan balas 'No Anwar, No DAP'


Dalam pusingan kedua perbalahan yang semakin memuncak di antara ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi, dan Timbalan Presiden , M Saravanan, drama politik PRU lalu kembali menjadi tumpuan.

Menggunakan media sosial untuk menyerang Saravanan, Mohd Puad membuat hantaran dengan tajuk “Saravanan: Semuanya kerana jawatanlah”, dia mendakwa orang kuat itu melakukan langkah politik ala ‘makan keliling.’

Kata Mohd Puad, sebelum ini Saravanan menurunkan tandatangan pada akuan berkanun (SD) bagi menyokong Pengerusi PN Yassin diangkat sebagai perdana menteri ke-10.

Katanya, Saravanan bertindak sebegitu walaupun sebelum itu memberikan ikrar taat setia kepada melalui SD berasingan.

Saravanan kemudian pantas membalas kenyataan Mohd Puad dengan mengimbas kembali kemelut selepas PRU ke-15 lalu apabila pendirian Umno yang menolak PH dengan slogan “No , No DAP” menyebabkan berdepan dengan kebuntuan politik.

Mohd Puad bagaimanapun tidak berdiam diri malah mendakwa sokongan yang diberikan Saravanan terhadap Muhyiddin sebenarnya didorong oleh rasa kemaruk mahukan jawatan, dan menarik balik pendirian berkenaan juga atas sebab yang sama.

Dia yang juga Speaker DUN Johor mengingatkan, menjelang PRU ke-15, semua calon dikehendaki menandatangani SD yang mengandungi klausa penalti RM100 juta kepada mana-mana ahli parlimen yang berpaling tadah.

“Jika ada pilihan raya kecil (kesan daripada langkah berpaling tadah itu), belum tentu dia boleh menang semula,” katanya kepada Ahli Parlimen Tapah yang menjadi satu-satunya wakil di Dewan Rakyat ketika ini.

Tiada mesyuarat BN dibuat

Mohd Puad juga menegaskan bahawa calon BN bersetuju untuk memberi kuasa kepada pemimpin parti merundingkan pembentukan kerajaan selepas PRU lalu – yang menyaksikan tiada mana-mana parti menguasai majoriti mudah di parlimen.

“Maka, apa hal Saravanan sign SD sokong Muhyidin? Tidakkah itu tipu bulat-bulat?” katanya.

Walaupun menyambut baik dakwaan Saravanan baru-baru ini bahawa MIC menyokong kerajaan perpaduan demi kestabilan negara, dia tetap mempersoalkan logik di sebalik kekecewaan pemimpin MIC itu kerana diketepikan daripada jawatan penting.

Dia bagaimanapun mengakhiri hantaran tersebut dengan menggesa MIC agar kekal dalam BN kerana berpendapat langkah tersebut adalah satu-satunya jalan realistik untuk parti itu kembali berpengaruh dan mempunyai kuasa tawar-menawar.

Sebagai tindak balas, Saravanan menolak kenyataan Puad.

Kata bekas menteri sumber manusia itu, Mohd Puad – yang bukan menjadi sebahagian daripada Majlis Tertinggi BN – tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku secara tertutup dalam perbincangan parti berkenaan.

8f8d7392eb00a9398a983f0febbbad7f
Gambar fail

Kata Saravanan, SD yang menyokong Muhyiddin ditandatangani ketika politik semasa berada dalam ketidaktentuan yang mendalam.

“Tiada mesyuarat BN pada masa itu (selepas PRU). Kami bersama PN sejak 2020 dan Umno telah membuat keputusan pada perhimpunan agungnya – ‘No , No DAP’.

“Bolehkah anda bayangkan keadaan pada masa itu? Kami perlu membentuk kerajaan, tiada mesyuarat BN dipanggil, dan Umno membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Ibrahim atau DAP.

“Jadi apa yang perlu saya lakukan?” katanya kepada Malaysiakini.

Berhubung SD untuk BN, Saravanan menasihatkan Mohd Puad untuk menyemak semula dokumen berkenaan dan menegaskan ia tidak mendapat pengesahan daripada Majlis Tertinggi BN.

“Apabila kami menandatangani, kami diberitahu bahawa ia akan dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk pengesahan tetapi itu tidak dilakukan,” katanya.

06e783abf048fb59f8d836fa1234f28d

Dia juga menjelaskan bahawa Presiden MIC, SA Vigneswaran, sudah menjelaskan parti itu tidak mencari sebarang jawatan menteri.

Menurut Saravanan, komen kontroversinya dalam Utusan Malaysia sebelum ini hanyalah menceritakan apa yang berlaku, dan bukannya permintaan baru.

“Saya tidak menyembunyikan apa-apa, saya mengaku menandatangani SD untuk Muhyiddin.

“Mengapa kami menarik balik SD? Kerana pada mesyuarat BN, kita memutuskan bahawa Anwar telah memberikan kita tawaran yang lebih baik,” katanya.

Dia juga menghargai komen Presiden Umno dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yang memberikan reaksi kepada temu bualnya secara “sopan”, Saravanan menasihatkan Mohd Puad supaya “tidak melompat demi publisiti”.

Sebelum ini Mohd Puad dan Saravanan sudah bertelagah apabila pemimpin Umno berkenaan menyindir kenyataannya di Utusan Malaysia yang mendakwa MIC dilayan seperti “tetamu tidak diundang” dalam kerajaan.

[Baca berita penuh]



Source link