Malaysia Oversight

Puad saran PAS ikut langkah SIS Forum

By MkiniBM in August 1, 2025 – Reading time 2 minute
Puad saran PAS ikut langkah SIS Forum


Ahli Majlis Kerja Tertinggi , Mohd Puad Zarkashi, hari ini menggesa mencontohi NGO Sisters in (SIS) apabila menggugurkan perkataan “” dari nama rasmi mereka.

Menurut Mohd Puad, SIS kini dikenali sebagai SIS Forum (Malaysia) selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada 20 Jun lalu dan langkah sama wajar dicontohi oleh parti yang menggunakan nama “Islam”.

pula bila akan menggugurkan nama Islam daripada nama parti tersebut?

“Contohilah SIS Forum. Ia tidak mengubah perjuangan kamu. Ia cuma mahu mengelak kekeliruan,” katanya di Facebook hari ini.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif SIS Forum, Rozana Isa, mengumumkan keputusan NGO berkenaan mengubah nama mereka selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat agung luar biasa mereka pada 11 Julai lalu.

“Mulai sekarang, kami akan dikenali sebagai SIS Forum (Malaysia) iaitu nama berdaftar pertubuhan ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Rozana, langkah mengubah nama berkenaan dibuat selaras dengan titah yang dikeluarkan Sultan Sharafuddin bulan lalu.

Dengan perubahan itu, katanya, SIS Forum berharap pertikaian mengenai nama NGO terbabit yang berlanjutan sejak lama dulu dapat ditamatkan.

340d606a2e69cdfb5d45008abd249fae

Rozana juga berharap ia dapat membuka ruang untuk mereka bergerak ke depan dengan niat yang baik bersama semua pihak.

Polemik penggunaan perkataan “Islam” pada nama rasmi wujud sejak puluhan tahun silam Dr Mahathir Mohamad menjadi antara pemuka yang mencadangkannya seawal penghujung 1994.

Ketika itu Mahathir – yang menjadi Presiden sekali gus perdana menteri – berkata PAS menggunakan muslihat dalam siri ceramah mereka dan menyerupai tindakan diambil Muawiyah semasa berseteru dengan Sayidina Ali.

Kata Mahathir sebagai mahu bertanggungjawab memelihara Islam.

“Penyalahgunaan perkataan Islam bagi parti menimbulkan kekeliruan mengenai agama Islam dalam kalangan umat Islam di negara kita,” katanya pada sidang media yang dipetik Berita Harian.

PAS menjadi kritikan beberapa pihak ekoran pelbagai isu yang membayangi parti tersebut, termasuk terkait kes saman fitnah di mahkamah atau isu yang diselesaikan melalui permohonan maaf pemimpinnya.

Antara tokoh PAS yang terlibat ialah bekas Bendahari Agung PAS, Razman Zakaria, yang memohon maaf kepada Perdana Menteri, Ibrahim; serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, pula kalah dalam saman fitnah pemimpin DAP selepas mengaitkan mereka dengan Chin Peng.

Siti Mastura diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM830,000 kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok.



Source link