Malaysia Oversight

Pua gelar penyokong Najib ‘pencinta penyangak’

By MkiniBM in December 23, 2025 – Reading time 2 minute
Pua gelar penyokong Najib 'pencinta penyangak'


Hubungan antara dan DAP dilihat semakin tegang apabila Tony Pua melancarkan serangan terhadap penyokong dengan melabelkan mereka sebagai “pencinta seorang penyangak” kerana mengecam pihak yang menyambut keputusan mahkamah dalam kes membabitkan bekas perdana menteri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu menegaskan dia dan partinya berbangga kerana memainkan peranan penting dalam pemenjaraan Najib.

“Langsung tidak perlu untuk bersimpati dengan penyangak seperti ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

“Mereka yang memarahi kami supaya ada ‘perikemanusiaan’, yang terus menyayangi penyangak itu — tiada siapa menghalang kamu. Tetapi jangan halang kami rakyat Malaysia yang lain daripada meraikan keadilan yang ditegakkan.

“Menantikan sabitan seterusnya lewat minggu ini,” tambahnya, merujuk keputusan mahkamah yang dijadualkan pada 26 Disember dalam kes Najib melibatkan dana RM2.3 bilion 1MDB.

‘Najib sudah dapat diskaun besar’

Pua, yang membongkar skandal 1MDB semasa Najib menjadi perdana menteri, turut menyatakan bahawa “penyangak terbesar di Malaysia” itu sepatutnya berterima kasih atas “diskaun besar” yang diterimanya apabila Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjara serta denda yang dikenakan.

Hantaran itu dibuat sebagai reaksi terhadap pemimpin yang mengecam setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin, kerana menyatakan bahawa kegagalan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah merupakan satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini.

562dad0242a1e8bbfd2a2e297b80da51

Antara mereka ialah Setiausaha Agung , Asyraf Wajdi Dusuki, yang berkata Yeo bersikap “amat kurang ajar, melampau dan langsung tidak berperikemanusiaan”, serta telah menghina seorang bekas pemimpin tertinggi yang sangat disayangi oleh seluruh keluarga Umno.

Dia juga mencadangkan agar Umno mmperhalusi kembali kedudukan dalam perpaduan, memandangkan kerjasama dengan DAP sepanjang tiga tahun lalu tidak mencapai suasana harmoni.

cuba redakan keadaan

Kenyataan Yeo itu turut menerima kritikan daripada beberapa pihak dalam , apabila salah seorang Adunnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet, menyifatkannya sebagai “tidak beradab dan tidak wajar”.

Pengarah pilihan raya , Dr Sathia Prakash Nadarajan, pula berkata kenyataan sedemikian hanya memburukkan lagi perpecahan dan mencerminkan kekurangan kematangan politik.

69be4a903844c51b84a78876c7a6b7df

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Alice Loke, ketika menolak permohonan semakan kehakiman oleh Najib, memutuskan bahawa titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan tahanan rumah kepada bekas presiden Umno itu adalah tidak sah.

Hakim berkenaan berpendapat titah adendum tersebut dikeluarkan di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan dan tidak dibincangkan oleh lembaga tersebut.

“Saya berpendapat bahawa perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme sedemikian di Malaysia,” kata hakim itu.



Source link