Malaysia Oversight

PSM belum ada mandat sertai gabungan longgar pembangkang

By MkiniBM in August 18, 2025 – Reading time 1 minute
PSM belum ada mandat sertai gabungan longgar pembangkang


Salah sebuah parti yang terkait dengan “gabungan longgar” diumumkan Yassin petang tadi menjelaskan mereka belum mendapat mandat untuk menyertai mana-mana pakatan setakat ini.

Menurut Parti Sosialis Malaysia (PSM) mereka memang mendapat jemputan daripada pihak penganjur untuk menghadiri menghadiri mesyuarat bersama bekas perdana menteri serta parti-parti pembangkang hari ini.

Bagaimanapun, menurut PSM, parti itu tidak dapat menghadirkan diri.

“Pimpinan PSM ketika ini tidak mempunyai sebarang mandat untuk menyertai mana-mana gabungan baru, dan kami juga tidak dibentangkan sebarang dokumen tentang ‘kerjasama longgar’ tersebut,” kata PSM dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, mengumumkan 12 parti pembangkang hari ini bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan Madani, termasuk janji reformasi.

Malaysiakini dimaklumkan gabungan itu terdiri daripada Bersatu, , Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Sebuah lagi organisasi yang terlibat ialah parti yang belum didaftarkan secara rasmi – Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).

Mengulas perkara itu, PSM menegaskan, mereka tidak mengetahui apa yang dibincangkan oleh para pemimpin parti pembangkang pada hari ini.

“Kongres kami yang baru diadakan tidak memberikan sebarang mandat untuk kerjasama pilihan raya dengan mana-mana gabungan politik sedia ada.

“Kami akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kami Jumaat ini, dan juga akan dapatkan penjelasan lebih lanjut tentang hal ini,” kata parti itu lagi.



Source link