Malaysia Oversight

Prototaip Superchip AI NVIDIA Vera Rubin Diperkenalkan

By Amanz in October 29, 2025 – Reading time 1 minute
Prototaip Superchip AI NVIDIA Vera Rubin Diperkenalkan


Prototaip Superchip AI NVIDIA Vera Rubin Diperkenalkan

October 29, 2025
NVIDIA

Nazrin

NVIDIA meneruskan kemaraan mereka didalam industri pembangunan komponen cip pemprosesan AI yang dibangunkan khusus untuk pembangun teknologi tersebut. Di acara GTC Washington, mereka telah mempelihatkan prototaip komponen terbaru mereka, iaitu NVIDIA Vera Rubin Superchip.

Seperti yang diperlihatkan pada namanya, cip pemprosesan AI Vera Rubin Superchip ini menggabungkan CPU Vera yang baru dibangunkan bersama-sama dengan dua cip pemprosesan grafik AI Rubin pada satu papan induk untuk menjadikan satu komponen superchip yang sangat berkuasa untuk tujuan pembelajaran mesin dan inferens AI.

image 73

CPU Vera hadir dengan 88 teras ARM fizikal dengan 176 bebenang kuasa dan disambungkan ke komponen-komponen GPU Rubin menggunakan sambungan NVIDIA C2C Interconnect dengan kemampuan penghantaran data 1.8TB/s.

Komponen GPU Rubin pula dilengkapi sebanyak 288GB memori HBM4 yang terbina didalamnya pada setiap satu GPU dan gabungan dua GPU ini dilaporkan hadir dengan kemampuan 50 PFLOPS menggunakan format pemprosesan data FP4.

Menurut NVIDIA, gabungan Vera Rubin Superchip ini, yang dinamakan NVL144 boleh menawarkan kemampuan 3.6 Exaflop menggunakan format FP4 dan sehingga 1.2 Exaflop dengan format FP8 yang sesuai digunakan untuk latihan pembelajaran mesin.

image 74

Dalam pada itu, mereka juga mengesahkan bahawa satu superchip NVL144 ini hadir dengan 3.3 kali prestasi inferens lebih hebat berbanding dengan GB300 NVL72 sebelum ini.

Superchip NVIDIA Vera Rubin ini sedang diuji di makmal NVIDIA, dimana mereka mengesahkan bahawa pengeluaran dan penjualan komponen tersebut akan dimulakan secara besar-besaran pada tahun 2026 kelak.

NVIDIA

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link