Proton Memperkenalkan Hab Pengecasan DC Untuk Kenderaan EV Di Tanjung Malim
Aman
Proton melalui syarikat subsidiari PRO-NET hari ini mengumumkan pelancaran hab pengecasan DC yang berpusat di Proton Tanjung Malim. Ia diperkenalkan di bangunan pentadbiran, dimana hab berkenaan dilengkapi dengan dua pengecas DC yang boleh mengecas sehingga empat kenderaan pada sesuatu masa.

Proton mengatakan ini adalah kali pertama Proton memperkenalkan infrastruktur yang diuruskan oleh mereka sepenuhnya, dan bukan oleh pihak ketiga. Ini juga turut memperlihatkan langkah awal Proton sebelum memperluaskan kepada penawaran rangkaian pengecas di Malaysia.

Penggunaan pengecas juga tidak memerlukan sebarang aplikasi berasingan. Pengguna boleh mengimbas kod QR, dan seterusnya memulakan pengecasan dan melakukan pembayaran. Proton menetapkan harga pengecas DC ini pada kadar RM0.80 per kWh.
Proton menawarkan akses kepada hab pengecasan ini untuk semua pengguna kenderaan elektrik, tanpa mengira jenama.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






