Malaysia Oversight

Projek perumahan libatkan 3,500 unit perlu berteras konsep Madani

By MkiniBM in August 6, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Semua projek perumahan berskala besar di negara ini perlu dibangunkan berteraskan konsep Madani, yang antara lain merangkumi penyediaan infrastruktur pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Beliau berkata projek yang melibatkan pembinaan 3,500 unit kediaman atau lebih perlu disertakan dengan kemudahan pendidikan, ruang niaga untuk penjaja kecil, akses pengangkutan awam dan premis kesihatan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

“Saya minta perkara ini diberi perhatian. Semua projek mesti ikut konsep Madani. Jika ada sekolah berhampiran, ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 dan menanggung kos pengangkutan anak-anak antara RM300 hingga RM400 sebulan, boleh dikurangkan bebannya. Keselamatan anak-anak juga lebih terjamin.

“Jika projek itu belum merancang penyediaan kemudahan pendidikan, misalnya bagi perumahan bertingkat, sediakanlah beberapa blok untuk membina sekolah bertingkat dengan lif khas.

“Kos pembangunan sekolah sedemikian adalah jauh lebih rendah dan pembiayaannya boleh ditanggung oleh Kementerian Pendidikan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Aman Madani di Bandar Sri Permaisuri, di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

yang juga Menteri Kewangan turut mengarahkan semua pihak termasuk Kementerian Perumahan dan Tempatan, Datuk Bandar, Majlis Perbandaran serta Majlis Bandaraya serta agensi berkaitan supaya memantau secara rapi semua projek perumahan agar selaras dengan konsep Madani.

Beliau turut menekankan keperluan agar pemaju mempercepatkan pelaksanaan projek bagi mengelakkan beban kepada pembeli.

“Terdapat projek perumahan yang masih belum siap selepas lapan tahun, pelbagai masalah timbul kerana perancangannya tidak teliti dan gagal mengambil kira faktor-faktor penting. Akhirnya, isu tersebut dipolitikkan. Saya mahu semua projek disiapkan segera supaya tidak membebankan rakyat,” katanya.

Bernama



Source link