Malaysia Oversight

Program Sekutu YouTube Shopping Di Malaysia Kini Diperluaskan Dengan Sokongan Integrasi Lazada

By Amanz in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
Program Sekutu YouTube Shopping Di Malaysia Kini Diperluaskan Dengan Sokongan Integrasi Lazada


Program Sekutu YouTube Shopping Di Malaysia Kini Diperluaskan Dengan Sokongan Integrasi Lazada

November 10, 2025
Google
Niaga

Aman

YouTube pada tahun ini telah memperkenalkan ciri “Affiliate Program” atau Program Sekutu melalui YouTube Shopping. Melaluinya, para penerbit kandungan di Malaysia boleh menambah terus pautan ke produk-produk di laman edagang Shopee, sekaligus menjana pendapatan tambahan melalui sebarang pembelian yang berlaku melaluinya.

Selepas beberapa bulan, kini program sekutu YouTube Shopping kini turut diperluaskan dengan sokongan untuk Lazada.

YouTube Shopping Tag Produk

Para pencipta kandungan di Malaysia kini boleh melakukan penambahan pautan ke produk-produk yang tersenarai di Lazada, dan seterusnya menjana pendapatan untuk sebarang pembelian yang berlaku di platform tersebut.

Bagi para pencipta kandungan di YouTube, anda boleh tag sesuatu produk ketika proses muat-naik video ke platform berkenaan, dan memilih produk-produk berkaitan. Semua proses carian dan tag boleh dilakukan terus melalui antaramuka YouTube dan tidak perlu ke laman Lazada ata Shopee.

Lazada Shopping

Integrasi baharu ini dilihat telah mula diaktifkan kepada para penerbit kandungan di Malaysia. Mungkin selepas Shopee dan Lazada ini, kita mungkin melihat integrasi lebih banyak syarikat edagang melalui YouTube Shopping selepas ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link