Malaysia Oversight

Program PN ‘Hogoh Jelai’ peluang tengok keistimewaan DUN BN

By MkiniBM in October 18, 2025 – Reading time 2 minute
Program PN 'Hogoh Jelai' peluang tengok keistimewaan DUN BN


Program ‘Hogoh Jelai’ anjuran Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan malam esok adalah peluang terbaik pemimpin pembangkang melihat lebih dekat keistimewaan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata terdapat dua kampung dalam kawasan DUN Jelai – Kampung Tanjung Gahai dan Kuala Medang – pernah diiktiraf sebagai kampung lestari peringkat negeri dan kebangsaan.

“Kita ada bermacam-macam benda yang menarik di Jelai, kita ada sungai dan makanan yang enak.

“Saya dengar pemimpin utama PN akan datang (malam esok)… saya memang mengalu-alukan dan mereka boleh datang dan lihat sendiri apa yang ‘special’ di Jelai,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Statistik Negara dan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Laman Sejahtera, Sungai Koyan, dekat Lipis, hari ini.

Hadir sama Ketua Perangkawan Malaysia, Mohd Uzir Mahidin.

Wan Rosdy ialah Ahli Dewan Undangan Negeri () Jelai sejak Mac 2004.

Program ‘Hogoh Jelai’ anjuran PN dijangka berlangsung di Jalan Betau – Cameron Highlands, dekat Sungai Koyan, bermula jam 9 malam esok.

Antara pimpinan utama PN dijadualkan hadir Presiden , Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu, Yassin dan Timbalannya, Hamzah Zainudin.

Selain itu, pimpinan daripada Gerakan juga bakal hadir dalam program berkenaan.

Difahamkan, PN juga akan melancarkan jentera pilihan raya dan himpunan penyokong bersempena siri jelajah PN Teraju Pahang itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pahang, Mohd Kamil Ibrahim menyifatkan tindakan PN menganjurkan ‘Hogoh Jelai’ di kawasan Wan Rosdy sebagai langkah terdesak gabungan pembangkang.

β€œTak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba datang buat onar di tempat orang. Inilah perangai mereka dari dulu sampai sekarang β€” amalkan politik sempit dan penuh kebencian,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuantan, hari ini.

Dia berkata program itu juga tidak relevan dan menggambarkan amalan politik sempit serta penuh kebencian yang cuba diterapkan pembangkang.



Source link