Malaysia Oversight

Program Insentif Solar Baru Solar ATAP Akan Diperkenalkan Bermula 1 Januari 2026

By Amanz in December 19, 2025 – Reading time 1 minute
Program Insentif Solar Baru Solar ATAP Akan Diperkenalkan Bermula 1 Januari 2026


Skim penggunaan tenaga solar Net Energy Metering telah diperkenalkan di Malaysia sejak 2016 untuk memberi insentif kepada orang ramai untuk mencuba tenaga solar di kediaman-kediaman mereka untuk mengurangkan bil tenaga elektrik bulanan.

Skim tersebut (NEM 3.0) ditamatkan pada pertengahan tahun ini dan akan digantikan dengan satu program solar baru yang dinamakan Program Peralihan Tenaga Solar Yang Diperkukuhkan ataupun Solar ATAP, yang merupakan kesinambungan daripada program NEM, tetapi dengan sejumlah penambahbaikan kepada skim tersebut, menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Diantaranya ialah pengguna tidak lagi terikat dengan had pemasangan solar pada bumbung rumah. Jika muat dan boleh menahan berat panel-panel solar, pemilik rumah boleh melitupi keseluruhan kawasan bumbung tanpa isu.

Solar

Bergantung kepada penggunaan fasa kuasa rumah, pengguna domestik 1-fasa (single phase) dibenarkan untuk memasang solar dengan kapasiti 5.0kW dan kapasiti rumah dengan pepasangan 3-fasa dinaikan daripada 12.5kW kepada 15kW.

Untuk pemilik bangunan tinggi dengan ruang atas bangunan yang besar, mereka juga boleh memanfaatkan skim terbaru ini untuk memasang atau menambahkan panel solar untuk menjana tenaga lestari untuk kegunaan sendiri dengan lebih cekap.

Pengenalan skim Solar ATAP yang terbaru in dilihat sebagai satu langkah untuk mencapai 70 peratus kapasiti sumber tenaga boleh baharu di selurun negara menjelang 2027 kelak.

Astro Awani



Source link