Malaysia Oversight

Program HEBAT Melaka bantu selesaikan masalah rakyat

By TheSun in August 7, 2025 – Reading time 1 minute
Program HEBAT Melaka bantu selesaikan masalah rakyat


MELAKA: Melaka akan melaksanakan Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN) bersama Rakyat (HEBAT) bagi menyantuni masalah rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata program ini membolehkan rakyat bertemu terus dengan Exco untuk menyuarakan aduan.

“Di samping kita mendengar rintihan dan keluhan rakyat, kita juga menyediakan pelbagai kemudahan daripada agensi seperti kaunter bayaran cukai tanah,“ katanya.

Program HEBAT akan diadakan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap dua bulan sekali.

Ab Rauf menjelaskan program ini berbeza dengan Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dilaksanakan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“WRUR lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah di sesebuah lokaliti membabitkan penambahbaikan infrastruktur dan permohonan bantuan kebajikan,“ jelasnya.

“Menerusi WRUR, Ahli Dewan Undangan Negeri () itu sendiri berfungsi sebagai wakil kepada rakyat dan disokong oleh kerajaan negeri dan portfolio-portfolio Exco.”

“HEBAT pula menerima aduan rakyat daripada seluruh negeri dan Exco berkaitan akan cuba menyelesaikan sebaik mungkin permasalahan mereka,“ tambahnya.

Program HEBAT pertama kali diadakan di Seri Negeri, Ayer Keroh. – Bernama



Source link