Malaysia Oversight

Program basmi miskin tegar banyak sasar Melayu, tapi India tak dipinggir

By MkiniBM in August 19, 2025 – Reading time 2 minute
Program basmi miskin tegar banyak sasar Melayu, tapi India tak dipinggir


Perdana Menteri Ibrahim menegaskan bahawa masyarakat India tidak terpinggir dalam usaha Madani menoktahkan kemiskinan tegar.

berkata, kini menumpukan usaha menoktahkan kemiskinan tegar merangkumi semua kaum di negara ini.

“Ini seolah-olah (tuduh) peminggiran masyarakat India. Ini yang saya tak setuju. Betul, saya sebut di Parlimen ini jumlah miskin Melayu bumiputera itu terlalu tinggi, majoriti penduduk negara ini Melayu.

“Yang miskin majoritinya Melayu, program (basmi kemiskinan) jauh lebih tinggi untuk masyarakat Melayu, tetapi untuk masyarakat India walaupun jumlah penduduk kecil, jumlah miskin kecil ketimbang penduduk Melayu, ada penduduk India yang relatif lebih miskin.

“Sebab itu bagi pemusatan program menoktahkan kemiskinan perlu ditingkatkan meskipun ada yang sinis, kita mesti menoktahkan kemiskinan tegar, nak beli susu anak tak cukup, baju sekolah (anak) tiada,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Parlimen pagi ini.

berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Ganabatirau Veraman (PH-Klang) berhubung kemiskinan dalam kalangan masyarakat India.

Katanya, masyarakat India mengharapkan satu dasar dan peruntukan yang jelas bagi membantu kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Anwar berkata dia tidak pernah menyebut untuk menoktahkan kemiskinan seperti didakwa pihak pembangkang.

“Saya tak pernah sebut noktahkan kemiskinan, saya sebut noktahkan kemiskinan tegar, dengar betul-betul yang itu kita mampu, nak sindir buat apa.

“Kemiskinan itu relatif, kemiskinan tegar kita boleh bagi jadual (angka) yang tepat, makan, minum, perumahan, pakaian, pengangkutan, itu ada rekod dia,” katanya lagi.

Anwar memberi jaminan kepada masyarakat India bahawa dasar jelas tidak meminggirkan kumpulan itu.



Source link