Malaysia Oversight

Program Akar PayNet Kohort Kedua Lahirkan 50 Bakat Baharu Sokong Industri Kewangan Dan Ekonomi Malaysia

By Amanz in December 10, 2025 – Reading time 2 minute
Program Akar PayNet Kohort Kedua Lahirkan 50 Bakat Baharu Sokong Industri Kewangan Dan Ekonomi Malaysia


Program Akar PayNet Kohort Kedua Lahirkan 50 Bakat Baharu Sokong Industri Kewangan Dan Ekonomi Malaysia

December 10, 2025
Kewangan

Amy Maizuraa

Payments Network Malaysia (PayNet) hari ini meraikan 50 peserta daripada Program Akar Powered by AWS re/Start. Majlis ini sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha melahirkan bakat digital yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam perkhidmatan kewangan.

Photo 1 Graduates of the PayNet Program Akar Powered by AWS re Start Cohort 2 together with PayNet and AWS re Start at the Cohort 2 Graduation Ceremony held on 10 December 2025

Peserta terdiri daripada pelajar yang telah mengikuti latihan intensif di bawah program ini. Majlis kali ini merupakan kohort kedua selepas kejayaan kohort pertama pada tahun 2024 yang telah membuka jalan kepada usaha berterusan dalam membina barisan bakat digital Malaysia.

Program Akar PayNet Kohort Kedua 11

Program ini bermula dengan penyertaan seramai 100 peserta dan daripada jumlah itu, 50 membentuk kohort perintis di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU). Sepanjang 14 minggu, peserta menjalani latihan intensif merangkumi asas teknologi awan dan pembayaran digital. Selain daripada itu, mereka turut dibimbing melalui modul pembangunan berasaskan nilai bagi melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah yang penting untuk dunia pekerjaan.

Program Akar PayNet Kohort Kedua 5

Sebagai pengiktirafan, setiap peserta menerima Sijil AWS re/Start, AWS Cloud Practitioner, Sijil Pembayaran Digital serta Sijil Program Enrichment Berasaskan Nilai. Dengan kelayakan ini, mereka diyakini bersedia menyertai industri dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan bakat digital negara.

Pada dasarnya, Program Akar bukan sahaja melengkapkan peserta dengan kemahiran teknologi awan dan pembayaran digital. Malah, ia turut menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara di era digital.

Program Akar PayNet Kohort Kedua 6

Selain daripada itu, program ini telah menarik perhatian organisasi sektor kewangan seperti Bank Negara, Maybank, Public Bank, CIMB dan Bank . Mereka menyatakan minat untuk menyediakan peluang latihan industri serta penempatan kerja bagi graduan Akar, sekali gus memperkukuh hubungan antara dunia pendidikan dan keperluan industri.

IMG 20251210 104443

Program ini dilaksanakan bersama World Education Placement Services Sdn Bhd (WEPS) dan merupakan inisiatif pembangunan bakat nasional pertama oleh PayNet. Ia direka untuk menangani jurang kemahiran digital di Malaysia dengan membekalkan peserta kemahiran teknologi awan serta pembayaran digital secara percuma.

Dengan kejayaan kohort kedua, PayNet terus komited memastikan program ini kekal relevan dengan keperluan industri dan mampu mengisi jurang bakat kritikal. Kohort seterusnya akan dibuka pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.



Source link